Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[a.lang.a.lang] | الڠ٢

Definisi : , alang-alangan 1. setengah-setengah, tidak sungguh-sungguh, setengah hati: bekerja ~; 2. sedikit, kurang: bukan ~ bukan sedikit, terlalu, sangat; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[a.lang.a.lang] | الڠ٢

Definisi : Jw sj rumput yg tinggi, lalang. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[a.lang.a.lang] | الڠ٢

Definisi : , alang-alangan tidak sungguh-sungguh; setengah-setengah: ~ mandi, biar basah. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata alang-alang

Puisi
 

Alang-alang mandi di dulang,
     Sayang keroncong beri bertali;
Alang-alang didengar orang,
     Baik dilangsung sama sekali.


Lihat selanjutnya...(27)
Peribahasa

Alang-alang berminyak,
     biar licin.

Bermaksud :

Berbuat sesuatu jangan kepalang tanggung. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Alang-alang berdakwat, biarlah hitam, b. Mati-mati berdakwat biar hitam, c. Mati-mati berminyak biar licin, d. Mati-mati mandi biar basah).

 

Lihat selanjutnya...(14)


Glosari Dielek Melaka

EntriFonetikKelas KataMaknaAyat DialekSebutan DialekMaksud Ayat
empang-empang alang[«m.pAN «m.pAN A.lAN] ingat-ingat lupa.Atok kau tu dah mule empang-empang alang, jangan ambek ati.[A.to/ kAw tu dAh mu.l« «m.pAN «m.pAN A.lAN dZA.NAn Am.be/ A.ti]Datuk sudah mula ingat-ingat lupa, jangan ambil hati.
tupai jantan[tu.pAj dZAn.tAn] kayu panjang yang dipasang pada bahagian kekuda dan alang secara condong supaya dapat menahan daripada tiupan angin kencang; serong barat, sokong barat.Kampong ni selalu ribot, rumah kau ni baek pasang tupai jantan.[kAm.poN ni s«.lA.lu Äi.bot Äu.mAh kAw ni bAe/ pA.sAN tu.pAj dZAn.tAn]Kampung ini selalu dilanda ribut rumah engkau ini baik dipasang dengan tupai jantan.
sokong barat[so.koN bA.ÄAt] kayu panjang yang dipasang pada bahagian kekuda dan alang secara condong supaya dapat menahan daripada tiupan angin kencang; serong barat, tupai jantan.Kampong ni selalu ribot, rumah kau ni baek pasang sokong barat.[kAm.poN ni s«.lA.lu Äi.bot Äu.mAh kAw ni bAe/ pA.sAN so.koN bA.ÄAt]Kampung ini selalu dilanda ribut rumah engkau ini baik dipasang dengan sokong barat.
serong barat[se.ÄoN bA.ÄAt] kayu panjang yang dipasang pada bahagian kekuda dan alang secara condong supaya dapat menahan daripada tiupan angin kencang;, sokong barat, tupai jantan.Kampong ni selalu ribot, rumah kau ni baek pasang serong barat.[kAm.poN ni s«.lA.lu Äi.bot Äu.mAh kAw ni bAe/ pA.sAN se.ÄoN bA.ÄAt]Kampung ini selalu dilanda ribut rumah engkau ini baik dipasang serong barat.

Kembali ke atas