penglong | [p«N.loN] | kata nama | alat penyiram tanam-tanaman yang dibuat daripada tin atau plastik. | Tesumbat pulak penglong aku ni, patut le ae tak keluau. | [t«.sum.bAt pu.lA/ p«N.loN A.ku ni pA.tut l« Ae tA/ k«.lu.wAw] | Tersumbat pula alat penyiram air aku ini, patutlah air tidak keluar. |
ale bangke | [A.le bAN.k«] | | sejenis alat yang diperbuat daripada besi panjang yang pada satu hujung berbentuk seperti mata pahat, dan pada hujung yang satu lagi mempunyai bentuk yang bercabang dan melengkung. Alat ini boleh digunakan untuk mengopek kulit pokok kayu dan mencabut paku dengan mudah. | Paku ni besau, umpil le paku ni gune ale bangke. | [pA.ku ni b«.sAw um.pil l« pA.ku ni gu.n« A.le bAN.k«] | Paku ini besar, gunakanlah ale bangke untuk mencabutnya. |
tajak | [tA.dZA/] | kata nama | sejenis alat yang mempunyai batang berbentuk bulat atau segi empat dan mempunyai pisau tajak pada hunjungnya. Digunakan untuk menggali lubang, atau memotong tangkai buah kelapa sawit. | Kau nak buat lubang tu, pakai le tajak. | [kAw nA/ bu.wAt lu.bAN tu pA.kAj l« tA.dZA/] | Engkau hendak buat lubang itu, pakailah tajak. |
kelontang | [k«.lon.tAN] | kata nama | alat untuk menandakan adanya jaring hanyut yang dipasang di sesebuah kawasan laut pada waktu malam. Kelontang berupa rakit kecil yang mempunyai papan dan lampu pada tiang yang tegak di atas dan dihubungkan pada pelampung jaring tersebut. Jikalau waktu malam, dipasang lampu dan waktu siang dipasang bendera. | Pasang le bendere baru nampak kelontang kite. | [pA.sAN l« b«n.de.Ä« bA.Äu nAm.pA/ k«.lon.tAN ki.t«] | Pasanglah bendera baru nampak kelontang kita. |
sungko | [suN.ko] | kata nama | sejenis alat untuk menangkap udang geragau yang lazimnya dibuat daripada buluh. | Kalau nak tangkap udang geragau pakai le sungko. | [kA.lAw nAk tAN.kAp u.dAN g«.ÄA.gAw pA.kAj l« suN.ko] | Kalau nak tangkap udang geragau pakailah sungko |
cendakau | [tS«n.dA.kAw] | kata nama | alat pada tali kail yang boleh berpusing-pusing apabila ikan memakan umpan supaya kail tidak rosak. | Cendakau dah rosak ke, tak puseng-puseng pon! | [tS«n.dA.kAw dAh Äo.sA/ k« tAk pu.seN pu.seN pon] | Cendakau dah rosak agaknya, tak berpusing lagi. |
pelurut | [p«.lu.Äut] | kata nama | sejenis alat biasanya diperbuat daripada buluh yang digunakan untuk melurut daun anyaman, seperti daun mengkuang dan pandan, supaya menjadi rata dan lembut. | Bak sini pelurut tu, mak nak lurut mengkuang. | [bA/ si.ni p«.lu.Äut tu mA/ nA/ lu.Äut m«N.ku.wAN] | Berikan pelurut tu mak nak lurut mengkuang. |
langgai | [lAN.gAj] | kata nama | alat untuk menangkap udang yang terdiri daripada kerangka buluh dan jaring yang agak rapat matanya. Bahagian depan langgai berupa jaring yang terbuka lebar untuk menyodok permukaan lumpur manakala bahagian belakangnya berkarung atau berbentuk kerucut yang berinjap. | Gunekan langgai jareng alus kalau nak jerat geragau. | [gu.n«.kAn lAN.gAj dZA.ÄeN A.lus kA.lAw nA/ dZ«.ÄAt g«.ÄA.gAw] | : Gunakan langgai jaring halus kalau nak jerat geragau. |
kiyap | [ki.jA)p] | kata adjektif | berkenaan bateri, alat berkuasa bateri atau berenjin yang rosak atau tidak berfungsi. | Bateri ini dah kiyap, kene beli baru ni. | [bA.t«.Äi ni dAh ki.jA)p k«.n« b«.li bA.Äu ni] | Bateri ini sudah habis kuasanya, kena beli yang baru. |
serampang udang | [s«.ÄAm.pAN u.dAN] | | sejenis alat menangkap udang galah yang matanya diperbuat daripada besi bercabang tiga. | Aku dapat udang ni gune serampang udang ni le. | [A.ku dA.pAt u.dAN ni gu.n« s«.ÄAm.pAN u.dAN ni l«] | Aku dapat udang ini menggunakan serampang udang inilah. |