Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[an.ta.ra] | انتارا

Definisi : 1 jarak atau sela di tengah dua tempat atau dua benda: Ukurlah ~ kedua-dua tiang itu. 2 di tengah dua waktu (tempat, peristiwa dsb): Pekan Kuala Kangsar terletak di ~ Ipoh dgn Taiping. 3 masa dr satu saat ke saat yg lain; selang (waktu): Tidak berapa lama ~nya, matilah ia kerana kekurangan darah. 4 di tengah-tengah kumpulan, golongan dll; di kalangan: Ada ~ mereka yg mempunyai ijazah tetapi masih menganggur. berantara 1 ada antaranya (selanya); bersela: Rumah ibu dgn dapurnya bersambung terus, tidak ~. 2 tidak terus-menerus; tidak langsung; berselang waktu: Kerja-kerja itu dibuat secara ~. mengantarai 1 memisahkan dua benda dsb: Banjaran Titiwangsa yg menganjur di tengah-tengah Semenanjung Malaysia ~ Kelantan dgn Perak. 2 menjadi orang tengah (dlm perundingan dll). perantaraan 1 hal berantara; hal menghubungkan orang dll yg berantara. 2 cara atau jalan yg menjadi penghubung supaya sesuatu dpt dilaksanakan: Ceramah itu disampaikan melalui ~ televisyen. Hadiah hari jadi kawannya dikirim melalui ~ seorang sahabat. pengantaraan perbuatan (hal, cara dsb) mengantarai; hal memisahkan dua benda dll. perantara orang (badan dll) yg menjadi penghubung dua pihak yg berantara; medium. pengantara orang, benda dll yg mengantarai; orang dll yg menjadi pemisah. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata antara

Puisi
 

Banyak bulan antara bulan,
     Tidak sama bulan puasa;
Banyak Tuhan antara Tuhan,
     Tidak sama Tuhan Yang Esa.


Lihat selanjutnya...(15)
Peribahasa

Degar-degar merapati.

Bermaksud :

Perselisihan antara kaum keluarga atau suami isteri yang makin merapatkan perhubungan. degar-degar = bunyi kayu dipukul.

 

Lihat selanjutnya...(16)


Glosari Dielek Melaka

EntriFonetikKelas KataMaknaAyat DialekSebutan DialekMaksud Ayat
begonjeng[b«.gon.dZeN]kata kerjabergaduh antara adik-beradik.Begonjeng aje kejenye.[b«.gon.dZeN A.dZ« k«.dZ«.ø«]Bergaduh sahaja mereka.
tinjau belukau[tin.dZAw b«.lu.kAw] peringkat pertumbuhan pokok padi di antara tahap masuk isi hingga bunting.Padi aku tengah tinjau belukau.[pA.di A.ku t«.NAh tin.dZAw b«.lu.kAw]Padi aku sedang tinjau belukau.
tindeh kaseh[tin.deh kA.seh] berkenaan dinding yang dipasang melintang dan bertindih antara satu sama lain; sisek tenggileng.Cantek lak dindeng rumah kau ni buat dindeng tindeh kaseh.[Cantik pula dinding rumah engkau ini buat tindih kasih.
sisek tenggileng[si.se/ t«N.gi.leN] berkenaan dinding yang dipasang melintang dan bertindih antara satu sama lain; tindeh kaseh.Cantek lak dindeng rumah kau ni buat sisek tenggileng.[tSAn.te/ lA/ din.deN Äu.mAh kAw ni bu.wAt si.se/ t«N.gi.leN]Cantik pula dinding rumah engkau ini buat sisik tenggiling.
kelek anak[kE.le/ A.nA/] bahagian rumah yang berbumbung di hujung pelantar di antara rumah ibu dengan rumah dapur, lazimnya diletakkan katil bujang.Kelek anak orang bujang kite tu gelap, pasang le lampu.[kE.le/ A.nA/ o.ÄAN bu.dZAN ki.t« tu g«.lAp pA.sAN l« lAm.pu]Kelek anak orang bujang kita tu gelap, pasanglah lampu.
cengkam kere[tS«N.kAm k«.Ä«] ikatan untuk menyambung dua utas tali dengan membelitkannya sebanyak dua kali antara satu sama lain. Hujung tali yang terkemudian dibelit dan dimasukkan ke dalam lingkaran yang terbentuk di tengah-tengah belitan sebelum kedua-dua tali ditarik sehingga tersimpul.Ikat le tali ni pakai cengkam kere, baru kuat.[i.kAt l« tA.li ni pA.kAj tS«N.kAm k«.Ä« bA.Äu ku.wAt]Ikatlah tali ni pakai cengkam kera, baru kuat.
papan slipe tiang[pA.pAn sli.p« ti.jAN] kepingan kayu yang dipasang sebagai pengalas di antara tiang rumah dengan batu tiang.Kau buat rumah aku, jangan lupe pasang papan slipe tiang.[kAw bu.wAt Äu.mAh A.ku dZA.NAn lu.p« pA.sAN pA.pAn sli.p« ti.jAN]Engkau buat rumah aku, jangan lupa pasang papan slipe tiang.
lesong pipit[l«.soN pi.pet] lesung kayu bersaiz kecil yang panjangnya antara sekaki dan dua setengah kaki, digunakan untuk menumbuk beras, pulut dan kacang hijau.Kacang ijau ni secoet, kau tumbok aje pakai lesong pipet. Nanti boleh buat kue koye.[kA.tSAN i.dZAw ni s«.tSoet kAw tum.bo/ A.dZ« pA.kAj l«.soN pi.pet nAn.ti bo.leh bu.wAt kue ko.j«]Kacang hijau ini sedikit sahaja, engkau tumbuk sahaja pakai lesung pipit. Nanti boleh buat kuih koya.
laluan tikus[lA.lu.wAn ti.kus] kayu yang dipasang melintang di antara dua tiang bumbung.Kau buat rumah aku ni nanti jangan lupe pasang laluan tikus.[kAw bu.wAt Äu.mAh A.ku ni nAn.ti dZA.NAn lu.p« pA.sAN lA.lu.wAn ti.kus]Engkau buat rumah aku ini nanti jangan lupa pasangkan kayu melintang di bumbung.
kala-bata[kA.lA.bA.tA]kata namapersengketaan yang berlarutan antara ahli keluarga.Dulu kawen suke same suke. Ni dah kala-bata, mak tak mau campo.[du.lu kA.wen su.k« sA.m« su.k« ni dAh kA.lA.bA.tA mA/ tA/ mAu tSAm.po]Dulu kahwin suka sama suka, sekarang sudah bersengketa, emak tidak mahu masuk campur.

Kembali ke atas