Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[a.nyam] | اڽم

Definisi : corak anyaman; jenis-jenisnya: ~ kudai = ~ selang dua, ~ gila, ~ pucuk rebung, ~ sasak, ~ tiga selang tiga, ~ tikar; menganyam 1. menjalin silang-menyilang (utk membuat tikar, bakul, dll): ~ bakul; ~ ketupat; ~ tikar; 2. menjalin atau memintal (rambut), mendandan: ~ rambut; anyam-menganyam pekerjaan meng­a­nyam; anyaman 1. hasil menganyam, barang yg dianyam; 2. kerja menganyam; penganyam orang yg kerjanya menganyam. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[a.nyam] | اڽم

Definisi : ; beranyam 1 dlm keadaan bersusun bersilang-silang (bkn rotan yg dijalin dsb); berjalin. 2 sudah disusun bersilang-silang; berjalin. menganyam mengatur atau menyusun sesuatu (spt daun mengkuang yg telah dijangka) bersilang-silang; menjalin. anyam-menganyam pekerjaan menganyam. anyaman hasil drpd menganyam; barang yg dianyam: ~nya sangat cantik. penganyam orang yg (kerjanya) menganyam. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata anyam

Puisi
 

Anyam ketupat tebakul baru,
     Mari makan sira gula;
Sudah dapat kasih baru,
     Buang saya dengan segera.


Lihat selanjutnya...(8)

Glosari Dielek Melaka

EntriFonetikKelas KataMaknaAyat DialekSebutan DialekMaksud Ayat
matikan sementara[mA.ti.kAn s«.m«n.tA.ÄA] mematikan anyaman tikar yang belum siap supaya tidak terburai.Baek matikan sementara tikau ni. Lepas keje kawen nanti anyam balek.[bAe/ mA.ti.kAn s«.m«n.tA.ÄA ti.kAw ni l«.pAs k«.dZ« kA.wen nAn.ti A.øAm bA.le/]Baik dimatikan sementara anyaman tikar ini supaya tidak terburai. Lepas kenduri kahwin nanti dianyam semula.
carot[tSA.Äot]] kata adjektifberkenaan anyaman yang tersalah, misalnya dua petak yang sepatutnya berselang-seli atau bertindan-tindih tetapi sebaliknya.Tikau aku ni carot pulak.[ti.kAw A.ku ni tSA.Äot pu.lA/]Tikar aku ini tersalah anyam pulak.

Kembali ke atas