Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata atau

Puisi
 

Burung serindit di sawah padi,
     Habis pulut dimakan tempua;
Tidak sakit atau mati,
     Lambat laun berjumpa jua.


Lihat selanjutnya...(5)
Peribahasa

Berketak ayam,
     tahu akan bertelur atau tidak.

Bermaksud :

Orang yang bijaksana itu, apabila mendengar orang bercakap, tahu ia benar atau bohong, berilmu atau tidak.

 

Lihat selanjutnya...(356)

6

The apple never falls far from the tree

Sifat atau perangai anak biasanya tidak jauh bezanya daripada sifat atau perangai orang tuanya.

Bagaimana acuan begitulah kuihnya

Although Tina seem very honest, remember that her mother is a scheming woman. People say that the apple never falls far from the tree. So, be careful.

Meskipun Tina nampak jujur benar orangnya tetapi kau harus ingat bahawa ibunya pandai memperdayakan orang. Kata orang, bagaimana acuan begitulah kuihnya. Jadi berhati-hatilah.

Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu


Lihat selanjutnya...(24)

Glosari Dielek Melaka

EntriFonetikKelas KataMaknaAyat DialekSebutan DialekMaksud Ayat
kuah lade[ku.wAh lA.d«] sejenis lauk gulai pedas daging lembu atau ikan yang diperbuat daripada campuran cili kering, sedikit ketumbar biji, jintan manis, lada hitam, kerisik atau kelapa bakar yang kesemuanya dilumatkan dan ditumis.   
suak[su.wA/]kata kerjamenyelak atau menguak rambut atau bulu sahaja.Cube kau suak rambot mak ni, ade uban tak.[tSu.bA kAw su.wA/ ÄAm.bot mA/ A.d« u.bAn tA/]Cube kau suak rambut mak ni, ada uban tak.
cendawan kawan[tS«n.dA.wAn kA.wAn] sejenis cendawan berbentuk payung yang tumbuh di atas tanah di kebun getah atau kelapa sawit terutama selepas hujan. Ia boleh dimakan, sama ada dimasak rebus air, dibuat sambal tumis atau digoreng biasa, cendawan busut.   
kenak[k«.nA/]kata adjektifberkenaan orang yang boleh atau mudah dibawa berunding atau baik hati.Setakat ni, die tu kenaklah, selalu nolong kite.[s«.tA.kAt ni di.j« k«.nA/.lAh s«.lA.lu no.loN ki.t«]Setakat ini, dia boleh dibawa berunding, selalu menolong kita.
kiyap[ki.jA)p]kata adjektifberkenaan bateri, alat berkuasa bateri atau berenjin yang rosak atau tidak berfungsi.Bateri ini dah kiyap, kene beli baru ni.[bA.t«.Äi ni dAh ki.jA)p k«.n« b«.li bA.Äu ni]Bateri ini sudah habis kuasanya, kena beli yang baru.
mengangkop[m«.NAN.kop]kata adjektifberkenaan orang atau haiwan yang tercungap-cungap kerana sangat keletihan atau sakit teruk, nazak atau tidak cukup udara.Napas pon dah mengangkop, tak de harapan le orang tue tu.[nA.pAs pon dAh m«.NAN.kop tA/ d« hA.ÄA.pAn l« o.ÄAN tu.w« tu]Nafas pun sudah mengangkop, tidak ada harapanlah orang tua itu.
nyonye[øo.ø«]kata namapanggilan manja bagi anak-anak perempuan atau wanita.   
kuah asam pedas[ku.wAh A.sAm p«.dAs] sejenis lauk pedas yang mengandungi ikan atau daging dan daun limau purut.   
tepelanteng[t«.p«.lAn.teN]kata kerjamemberi barang-barang atau wang kepada seseorang atas dasar belas kasihan.Takde le kau tepelanteng orang tue tu singget due.[tA/.d« l« kAw t«.p«.lAn.teN o.ÄAN tu.w« tu siN.get du.w«]Tidak bolehkah engkau beri orang tua itu wang seringgit atau dua ringgit.
lepat sagu[l«.pAt sA.gu] sejenis kuih yang diperbuat daripada tepung sagu dan gula merah atau gula melaka, dibungkus dengan daun rumbia dan dikukus.   
12345678910...

Kembali ke atas