Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ba.rah] | باره

Definisi : 1. sj bisul besar yg bernanah; 2. ketumbuhan berbahaya pd kulit atau pd tisu di dlm tubuh yg disebabkan oleh pertumbuhan sel yg tidak mengikut kadar yg normal (disebabkan oleh pengaruh bahan-bahan karsinogen spt bahan kimia dan virus), kanser; 3. sesuatu keadaan (perkara, perkembangan, dll) yg sangat buruk pengaruh atau akibatnya dan boleh merebak atau menular; ~ batang barah di pertemuan paha dan badan; ~ batu barah yg keras spt batu (dekat dubur); ~ bir barah dekat dubur; ~ bunyi barah di dada; ~ cika barah di dlm perut; ~ empong barah di ari-ari; ~ gajah barah di dlm perut; ~ kelawar barah di bawah ketiak; ~ kepala beruang barah pd bahu atau lutut; ~ kepala harimau barah di bawah mata kaki; ~ kundur buruk barah di pelipatan lutut; ~ nangka barah di betis; ~ raja barah yg sangat sakit; ~ sisik barah yg selalu mengelupas; ~ sisip barah dibawah tulang rusuk; ~ tetek barah pd susu, mastitis; ~ tiarap barah yg menyebabkan luka di dlm; ~ ular = ~ batang;membarah menjadi barah: jeritan hatiku terus melarat hingga ~ ke dlm jiwa. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ba.rah] | باره

Definisi : 1 sj penyakit bisul atau bengkak bernanah. 2 kanser. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata barah


Glosari Dielek Melaka

EntriFonetikKelas KataMaknaAyat DialekSebutan DialekMaksud Ayat
barah urat[bA.ÄAh u.ÄAt] bisul yang teruk.Kau ni bukan kene bisol biase ni, barah urat aku rase.[kAw ni bu.kAn k«.n« bi.sol bi.yA.s« ni bA.ÄAh u.ÄAt A.ku ÄA.s«]Engkau ni bukan kena bisul biasa ni, barah urat aku rasa.

Kembali ke atas