Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ber.ja.ga.ja.ga] | برجاݢ-جاݢ

Definisi : 1. tidak tidur semalam suntuk (kerana kenduri kahwin dll), merayakan (per­kahwinan dll) beberapa hari berturut-turut: maka raja pun mulai ~ akan mengah­winkan anakanda baginda dgn tuan puteri itu; 2. berwaspada, berhati-hati, berawas-awas: mereka ~ apabila melalui titi yg sempit itu; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ber.ja.ga.ja.ga] | برجاݢ-جاݢ

Definisi : 1 berhati-hati; berwaspada: Ia ~ kalau-kalau pencuri itu datang lagi ke rumahnya. 2 tidak tidur sepanjang malam; merayakan majlis perkahwinan dll siang malam terus-menerus: Maka baginda pun ~ empat puluh hari empat puluh malam utk mengahwinkan puterinya. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
jaga (kata kerja)
Bersinonim dengan sedar, tidak tidur, bangun, arik, melek;,
Kata Terbitan : berjaga, berjaga-jaga, menjaga, menjagakan, terjaga, penjagaan, penjaga,

Peribahasa

Sedia payung (= berpayung) sebelum hujan.

Bermaksud :

Berjaga-jaga dulu sebelum mendapat sesuatu bencana.

 

Lihat selanjutnya...(2)


Glosari Dielek Melaka

EntriFonetikKelas KataMaknaAyat DialekSebutan DialekMaksud Ayat
pantang teleleh[pAn.tAN t«.le.leh] tidak boleh leka walaupun sekejap.Kat sini kene jage-jage, pantang teleleh, abes barang kene curi.[kAt si.ni k«.n« dZA.g«.dZA.g« pAn.tAN t«.le.leh A.bes bA.ÄAN k«.n« tSu.Äi]Di sini kena berjaga-jaga, pantang teleleh, habis barang kena curi.

Kembali ke atas