Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ber.ja.lan] | برجالن

Definisi : 1 bergerak dgn melangkahkan kaki: Tiap-tiap pagi, dia ~ ke sekolah. 2 bergerak dr satu tempat ke satu tempat: Kereta itu ~ perlahan-lahan. 3 berlangsung; berlaku: Mesyuarat itu ~ spt yg dijadualkan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
jalan (kata nama)
1. Bersinonim dengan jalan raya: lebuh, lebuh raya, laluan, lorong, jejambat, jejantas, persiaran, denai, rintisan, latisan, landasan, rua, ban,

2. Bersinonim dengan usaha: ikhtiar, kesempatan, peluang,

Kata Terbitan : berjalan, berjalan-jalan, menjalani, menjalankan, perjalanan,

Puisi
 

Berjalan kaki menuju ke paya,
     Singgah sekejap menggali cacing;
Wahai tuan saya bertanya,
     Di mana jari menyarung cincin.


Lihat selanjutnya...(66)
Peribahasa

Berjalan peliharakan kaki,
     berkata peliharakan lidah.

Bermaksud :

Hendaklah selalu beingat-ingat dalam melakukan sesuatu pekerjaan.

 

Lihat selanjutnya...(37)


Glosari Dielek Melaka

EntriFonetikKelas KataMaknaAyat DialekSebutan DialekMaksud Ayat
tenjong[ten.dZoN]kata adjektiftempang.Dia tenjong, tu sebab jalan tak same.[di.j« ten.dZoN tu s«.bAb dZA.lAn tA/ sA.m«]Dia tempang, itulah sebabnya dia berjalan tidak sama.
begenggeng[b«.geN.geN]kata kerjabertarik-tarikan.Mak die nak bejalan pon tak boleh, dah begenggeng.[mA/ di.j« nA/ b«.dZA.lAn pon tA/ bo.leh dAh b«.geN.geN]Emak dia hendak berjalan pun tidak boleh, sudah bertarik-tarikan.
mengenak[m«.Ne.nA/]kata kerjaberjalan dengan cepat sehingga punggung nampak bergoyang-goyang biasanya bagi orang perempuan yang berpunggung besar.Mengenak aje Mak Minah tu, nak cepat le tu.[m«.Ne.nA/ A.dZ« mA/ mi.nAh tu nA/ tS«.pAt l« tu]Mengenak saja Mak Minah, nak cepatlah tu.
rateb jalan[ÄA.teb dZA.lAn] upacara berzikir sambil berjalan sekeliling kampung selepas menuai padi.Padi dah abes tuai, minggu depan boleh le kite rateb jalan.[pA.di dAh A.bes tu.wAj miN.gu d«.pAn bo.leh l« ki.t« ÄA.teb dZA.lAn]Padi sudah dituai, minggu hadapan bolehlah kita adakan upacara ratib jalan.

Kembali ke atas