Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ber.ke.nan] | برکنن

Definisi : 1. bersetuju di hati, berasa gembira (puas hati, senang hati): maka Sultan Mansor Shah pun ~ mendengar bunyi surat itu; ~ pd = ~ di hati disukai (diminati, disenangi): yg mana ~ pd encik, ambillah; buat masa ini belum ada gadis yg ~ di hati Nasir; 2. (kata kehormatan yg digunakan utk raja atau orang atasan dgn maksud) bersetuju (melakukan sesuatu, menunaikan permintaan utk), sudi: Duli Yang Maha Mulia Sultan telah ~ meletakkan batu asas bangunan itu; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ber.ke.nan] | برکنن

Definisi : 1 bersetuju di hati; gemar; suka: Ambillah buku itu jika engkau ~. 2 dgn suka hati; sudi: Baginda ~ menyampaikan hadiah kpd pemenang-pemenang dlm pertandingan itu. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
kenan1
Kata Terbitan : berkenan, memperkenankan, perkenan,

Puisi
 

Singgah berlabuh di Tanjung Jati,
     Nakhodanya pakai si baju merah;
Berasa berkenan di dalam hati,
     Abang nak tegur takut dimarah.


Lihat selanjutnya...(24)

Glosari Dielek Melaka

EntriFonetikKelas KataMaknaAyat DialekSebutan DialekMaksud Ayat
subal[su.bAl]kata adjektifraut wajah perempuan yang tembam dan tidak menarik.Subal pon, die dah bekenan, kite nak cakap ape.[su.bAl pon di.j« dAh b«.k«.nAn ki.t« nA/ tSA.kAp A.p«]Tembam pun, dia berkenan, kita nak cakap apa.

Kembali ke atas