Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ber.la.ri] | برلاري

Definisi : bergerak dgn pantas sekali (lebih cepat drpd berjalan): jangan ~ nanti jatuh; ~ (-lari) anak berlari perlahan-lahan; ~(-lari) anjing a) berlari dgn langkah pendek; b) sekejap berlari sekejap berjalan; guru kencing berdiri murid kencing ~ prb murid mencontohi kelakuan gurunya terutama kelakuan yg tidak baik; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ber.la.ri] | برلاري

Definisi : bergerak dgn pantas sekali (lebih cepat drpd berjalan): mereka pun terkejut lalu ~ tunggang-langgang; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ber.la.ri] | برلاري

Definisi : bergerak dgn langkah yg pantas (lebih cepat drpd berjalan): Dapatkah kamu mengejar kuda yg ~? (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
lari
Kata Terbitan : berlari, selari, menyelarikan, keselarian, melarikan diri, larian, pelarian, pelari,

Puisi
 

Yang berlari sangat pantas,
     Yang menang sangat bertuah;
Yang memberi tangan di atas,
     Yang menerima tangan di bawah.


Lihat selanjutnya...(27)
Peribahasa

Kalau guru makan berdiri,
     maka muridnya makan berlari.

Bermaksud :

Murid yang mencontohi kelakuan gurunya terutama dalam hal yang tidak baik. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Bak nyiru bak tampian, bak guru bak anak sasian, b. Guru kencing berdiri, murid kencing berlari).

 

Lihat selanjutnya...(9)


Glosari Dielek Melaka

EntriFonetikKelas KataMaknaAyat DialekSebutan DialekMaksud Ayat
cangkah-mangkeh[tSAN.kAh.mAN.keh]kata tugasberkenaan berlari secara lintang-pukang.Budak tu lari cangkah-mangkeh kene kejau anjeng.[bu.dA/ tu lA.Äi tSAN.kAh.mAN.keh k«.n« k«.dZAw An.jeN]Budak itu berlari lintang-pukang kerana dikejar oleh anjing.
memuncat[m«.mun.tSAt]kata kerjaberlari dengan pantas.Memuncat kene kejau bapak die, ade buat salah le tu.[m«.mun.tSA k«.n« k«.dZAw bA.pA/ di.j« A.d« bu.wAt sA.lAh l« tu]Dia berlari pantas apabila dikejar oleh bapanya, mesti ada buat salahlah tu.
menyiak[m«.øi.jA/]kata namasuatu kepercayaan lama dalam aktiviti penanaman padi. Sewaktu padi hampir berbunga, beberapa orang perempuan tua berumur sekitar 50 dan 60 tahun akan berbogel dan berlari-lari anak di atas batas sawah sewaktu masuk waktu maghrib. Tujuannya bagi menjauhkan serangga dan musuh tanaman lain seperti tikus daripada merosakkan pokok-pokok padi.Musem ni, kau dah menyiak?[mu.sem ni kAw dAh m«.øi.jA/]Musim ini, engkau sudah menyiak?

Kembali ke atas