Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ber.main.main] | برماءين-ماءين

Definisi : 1. bersenang-senang atau bersuka-suka (sambil melakukan sesuatu): setiap hari kami ~; 2. tidak bersungguh­sungguh, berseloroh sahaja: perkelahian mereka itu tidak sungguh-sungguh, hanya ~ sahaja; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ber.main.main] | برماءين-ماءين

Definisi : 1 bersenang-senang atau bersuka-suka dgn melakukan sesuatu: Ketika ibu memasak di dapur, kami ~ di halaman. 2 tidak bersungguh-sungguh; hanya utk berkelakar saja: Mereka itu ~ saja, bukan berkelahi sungguh-sungguh. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Puisi
 

Kain ini kain basah,
     Bila masa berkain lagi;
Main ini main penyudah,
     Bila masa bermain lagi.


Lihat selanjutnya...(7)
Peribahasa

Main air basah,
     main api letur,
main pisau luka.

Bermaksud :

Tiap-tiap perbuatan atau pekerjaan akan meninggalkan akibatnya. (Peribahasa lain yang sama makna: Bermain air basah, bermain api letur, bermain pisau luka).

 

Lihat selanjutnya...(2)


Glosari Dielek Melaka

EntriFonetikKelas KataMaknaAyat DialekSebutan DialekMaksud Ayat
melangsang[m«.lAN.sAN]kata kerjamelakukan aktiviti lasak yang tidak berfaedah. Contohnya kanak-kanak pergi bermain-main ke dalam semak atau ke dalam sawah terbiar dan sebagainya; menyelanak.Melangsang aje keje engkau, kan dah dekat pekse.[m«.lAN.sAN A.dZ« k«.dZ« «N.kAw kAn dAh d«.kAt pe/.s«]Melansang sahaja kerja engkau ini, kan dah nak periksa.
menyelanak[m«.ø«.lA.nA/] kata kerjakata kerja1. melakukan aktiviti lasak yang tidak berfaedah. Contohnya kanak-kanak pergi bermain-main ke dalam semak atau ke dalam sawah terbiar dan sebagainya; melangsang.Menyelanak aje keje engkau, kan dah dekat pekse.[m«.ø«.lA.nA/ A.dZ« k«.dZ« «N.kAw kAn dAh d«.kAt pe/.s«]Menyelanak sahaja kerja engkau ini, kan dah nak periksa.

Kembali ke atas