Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ber.san.dar] | برساندر

Definisi : 1. = menyandar me-letakkan belakang (bahu, dada, dll) pd sesuatu supaya teguh atau selesa, duduk dll sambil bertopang (bersangga) pd: Awang Sulong pun tidurlah ~ di banir kayu besar; ayah sedang ~ di kerusi membaca surat khabar; 2. = ~ pd (ke, atas) berharap (bergantung) pd, beralasan (berdasar) pd: mereka terlalu sangat ~ kpd bantuan dr luar negeri; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ber.san.dar] | برساندر

Definisi : berharap kpd pertolongan orang utk hidup atau utk maju dsb: Mereka terlalu benar ~ pd bantuan kerajaan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

[ber.san.dar] | برساندر

Definisi : 1 duduk atau berdiri sambil mengenakan badan pd sesuatu supaya selesa: Apakah nama pokok kayu tempat kita ~ ini? 2 terletak bersangga (pd): Tongkatnya diletakkan ~ pd dinding. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata bersandar

Puisi
 

Lentik sungguh pipi kijang,
     Anak rusa minum di mangkuk;
Adik kecil dadanya bidang,
     Tempat abang bersandar mabuk.


Lihat selanjutnya...(2)
Peribahasa

Bersandar di batang rengas,
     gatallah badan.

Bermaksud :

Orang yang berhampiran dengan raja atau orang besar yang zalim, akhirnya ia sendiri mendapat kesusahan.

 

Lihat selanjutnya...(6)


Glosari Dielek Melaka

EntriFonetikKelas KataMaknaAyat DialekSebutan DialekMaksud Ayat
lendat[l«n.dAt]kata kerjabersandar sehingga menyebabkan sesuatu yang disandar itu senget, melengkung, atau patah.Abes patah pokok ubi aku kene lendat lembu.[A.bes pA.tAh po.ko/ u.bi A.ku k«.n« l«n.dAt l«m.bu]Habis patah pokok ubi aku disandar dengan kuat oleh lembu.

Kembali ke atas