sepet udang | [s«.pet u.dAN] | | dua batang besi yang mengapit serta menyokong roda basikal atau motosikal. | Sepet udang basikal abah dah patah, kau tukaukan. | [s«.pet u.dAN bA.si.kAl A.bAh dAh pA.tAh kAw tu.kAw.kAn] | Sepet udang basikal abah dah patah, kau tukarkan. |
ale bangke | [A.le bAN.k«] | | sejenis alat yang diperbuat daripada besi panjang yang pada satu hujung berbentuk seperti mata pahat, dan pada hujung yang satu lagi mempunyai bentuk yang bercabang dan melengkung. Alat ini boleh digunakan untuk mengopek kulit pokok kayu dan mencabut paku dengan mudah. | Paku ni besau, umpil le paku ni gune ale bangke. | [pA.ku ni b«.sAw um.pil l« pA.ku ni gu.n« A.le bAN.k«] | Paku ini besar, gunakanlah ale bangke untuk mencabutnya. |
serampang udang | [s«.ÄAm.pAN u.dAN] | | sejenis alat menangkap udang galah yang matanya diperbuat daripada besi bercabang tiga. | Aku dapat udang ni gune serampang udang ni le. | [A.ku dA.pAt u.dAN ni gu.n« s«.ÄAm.pAN u.dAN ni l«] | Aku dapat udang ini menggunakan serampang udang inilah. |
pikas | [pi.kAs] | kata nama | alat untuk memecah batu atau menggali tanah yang keras, bertangkai kayu dan mempunyai dua mata besi yang tajam. Salah satu matanya runcing manakala mata yang satu lagi leper dan agak tebal. | Kalau nak cepat jangan pakai cangkol, pakai le pikas, tanah tu keras. | [kA.lAw nA/ tS«.pAt dZA.NAn pA.kAj tSAN.kol pA.kAj le pi.kAs tA.nAh tu k«.ÄAs] | Kalau nak cepat jangan pakai cangkol, pakailah pikas, tanah tu keras |