Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[bi.la] | بيلا

Definisi : 1. kata yg digunakan utk menanyakan waktu (masa, ketika) mana: ~ awak hendak ke Kuala Lumpur?; barang ~ sebarang masa; 2. pd masa apa: kalau begini, sampai ~ pun nasib pak tani tidak akan berubah; bila-bila = ~ masa pd sebarang masa (waktu, ketika): ~ saja hari akan hujan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[bi.la] | بيلا

Definisi : kata tanya utk menanyakan waktu yg mana; ketika yg mana: ~kah kamu akan berangkat? bila-bila sebarang masa; masa atau waktu yg tidak ditentukan: ~ pun kita boleh pergi makan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata bila

Puisi
 

Cik Atak duduk tersenyum,
     Bila-bila nampak tunangnya;
Buah masak terlalu ranum,
     Tentu hilang manis rasanya.


Lihat selanjutnya...(77)
Peribahasa

Bila kucing tidak bergigi,
     tikus berani melompat tinggi.

Bermaksud :

Apabila orang yang ditakuti sudah tidak berkuasa lagi, maka orang-orang pun berleluasalah melakukan sekehendak hati.

 

Lihat selanjutnya...(31)


Glosari Dielek Melaka

EntriFonetikKelas KataMaknaAyat DialekSebutan DialekMaksud Ayat
labas[lA.bAs]kata adjektifberkenaan ruang biasanya rumah yang terbuka luas disebabkan penghalangnya yang telah tercabut atau hilang.Bila dindeng tu dah tak ade, labas bilek tu.[bi.l« din.deN tu dAh tA/ A.d« lA.bAs bi.le/ tu]Apabila dinding itu sudah tiada, bilik itu kelihatan luas.
senelet[s«.ne.let]kata adjektiflembab atau lambat membuat kerja.Senelet sangat kau ni bile nak siap keje.[s«.ne.let sA.NAt kAw ni bi.l« nA/ si.jAp k«.dZ«]Lembab sangat engkau ni bila nak siap kerja.
ibu ambai[i.bu Am.bAj] pondok nelayan berpelantar yang tiangnya dipasakkan ke dasar laut digunakan untuk menarik jaring yang berisi ikan.Bile nak siapkan ibu ambai, nanti ujan basah le.[bi.l« nA/ si.jAp.kAn i.bu Am.bAj nAn.ti u.dZAn bA.sAh l«]Bila nak siapkan ibu ambai, nanti hujan habis basah.
buke carang[bu.k« tSA.ÄAN] membuat torehan pertama pada pokok getah baru.Pokok getah kau ni dah cukop umo, bile nak buke carang.[po.ko/ g«.tAh kAw ni dAh tSu.kop u.mo bi.l« nA/ bu.k« tSA.ÄAN]Pokok getah kau ni dah cukup umur, bila nak buka carang.
lampok[lAm.po/]kata namakepingan batu yang dipasang sebagai pengalas batu tiang; papan slipe batu.Bile kau pasang batu tiang, jangan lupe letak dulu lampok, nanti tanah tak rate.[bi.l« kAw pA.sAN bA.tu ti.jAN dZA.NAn lu.p« l«.tA/ du.lu lAm.po/ nAn.ti tA.nAh tA/ ÄA.t«]Bila engkau pasang batu tiang, jangan lupa letak dulu papan selipar batu, nanti tanah tak rata.
papan slipe batu[pA.pAn sli.p« bA.tu] kepingan batu yang dipasang sebagai pengalas batu tiang; lampok.Bile kau pasang batu tiang, jangan lupe letak dulu papan slipe batu, nanti tanah tak rate.[bi.l« kAw pA.sAN bA.tu ti.jAN dZA.NAn lu.p« l«.tA/ du.lu pA.pAn sli.p« bA.tu nAn.ti tA.nAh tA/ ÄA.t«]Bila engkau pasang batu tiang, jangan lupa letak dulu papan selipar batu, nanti tanah tak rata.

Kembali ke atas