Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[bu.lan.bu.lan] | بولن٢

Definisi : sj tumbuhan (pokok), senduk (-senduk), sesenduk, Endospermum malaccense. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[bu.lan.bu.lan] | بولن٢

Definisi : 1. benda (gambar dll) yg spt bulan; 2. sasaran (utk menembak dll); (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[bu.lan.bu.lan] | بولن٢

Definisi : 1 gambar dll yg menyerupai bulan. 2 benda yg dituju ketika menembak dll; mata alamat. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata bulan-bulan

Puisi
 

Anak Arab lalu sekawan,
     Singgah berhenti pohon gaharu;
Jangan harap cahaya bulan,
     Bulan tidak terang selalu.


Lihat selanjutnya...(203)
Peribahasa

Bulan terang dalam rimba.

Bermaksud :

Orang pandai yang memperlihatkan kepandaiannya kepada orang-orang yang tak dapat menghargai kepandaiannya itu.

 

Lihat selanjutnya...(32)


Glosari Dielek Melaka

EntriFonetikKelas KataMaknaAyat DialekSebutan DialekMaksud Ayat
tanah pase bulan[tA.nAh pA.se bu.lAn] sejenis tanah bercampur pasir yang biasanya terdapat berhampiran dengan sawah. Tanah ini peroi dan berwarna kehitaman.Kat tanah pase bulan macam ni, rumpot bukan maen gemok le die.[kAt tA.nAh pA.se bu.lAn mA.tSAm ni Äum.pot bu.kAn mAen g«.mo/ l« di.j«]Di tanah pasir bulan begini, rumput bukan main suburlah.
dudok bulan[du.do/ bu.lAn] berkenaan perempuan yang baru mengandung; dudok perot.Kau ni tengah dudok bulan, tok sah lasak sangat.[]Engkau ini baru mengandung, tidak usah buat kerja lasak sangat.
dudok perot[du.do/ p«.Äot] berkenaan perempuan yang baru mengandung; dudok bulanKau ni tengah dudok perot, tok sah lasak sangat[]Engkau ini baru mengandung, tidak usah buat kerja lasak sangat.
betare mude[b«.tA.Ä« mu.d«] keadaan cuaca sejuk, berangin sepoi-sepoi bercampur hujan pada hujung tahun. Biasanya pada bulan Oktober hingga Disember.Musem betare mude ni, lagi malam, lagi sejuk.[mu.sem b«.tA.Ä« mu.d« ni lA.gi mA.lAm lA.gi s«.dZu/]Pada musim betare muda ini, waktu malam lebih sejuk.
betare[b«.tA.Ä«]kata adjektifberkenaan cuaca yang panas dengan tiupan angin yang kuat pada hujung dan awal tahun. Biasanya bulan Disember dan Januari.Musem betare ni kau jangan maen bawah pokok, takot pokok tumbang nanti.[mu.sem b«.tA.Ä« ni kAw dZA.NAn mAen bA.wAh po.ko/ tA.kot po.ko/ tum.bAN nAn.ti]Musim betare ini engkau jangan main bawah pokok, takut pokok tumbang nanti
mengandong burokkan tikau bantal[m«.NAn.doN bu.Äo/.kAn ti.kAw bAn.tAl] kiasan bagi perempuan mengandung yang melepek selama berbulan-bulan disebabkan oleh pening, mabuk, dan muntah-muntah.Aje lorat bini kau ni, ni le yang orang kate mengandong burokkan tikau bantal.[A.dZ« lo.ÄAt bi.ni kAw ni ni l« jAN o.ÄAN kA.t« m«.NAn.doN bu.Äo/.kAn ti.kAw bAn.tAl]Sungguh teruk keadaan isteri engkau ini, inilah yang dikatakan orang mengandung burukkan tikar bantal.

Kembali ke atas