Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata carik in

Puisi
 

Secarik dua carik,
     Tebu lontong kusangka kayu;
Kalau dibeli bercarik-carik,
     Manakan dapat sehelai baju.


Lihat selanjutnya...(4)
Peribahasa

Cencang air tidak putus,
     pancung abu tak berbekas.

Bermaksud :

Perselisihan sesama keluarga itu akhirnya akan berbaik kembali. (Peribahasa lain yang sama makna: Carik-carik bulu ayam, lama-lama bercantum juga).

 

Lihat selanjutnya...(2)


Glosari Dielek Melaka

EntriFonetikKelas KataMaknaAyat DialekSebutan DialekMaksud Ayat
wayat[wA.jAt]kata namakelibat (bagi manusia atau haiwan), bayang (bagi barang-barang).Tok sah kau carik lagi barang tu, wayat die pon aku dah lame tak nampak[to/ sAh kAw tSA.Äi/ lA.gi bA.ÄAN tu wA.jAt di.j« pon A.ku dAh lA.m« tA/ nAm.pA/]Tidak usah engkau cari lagi barang itu, bayangnya pun aku sudah lama tidak nampak.
menimbus[m«.nim.bus]kata tugasada (bahasa kasar).Kau tak carik betol-betol, menimbus dalam bilek tu baju kau.[kAw tA/ tSA.Äi/ b«.tol.b«.tol m«.nim.bus dA.lAm bi.le/ tu bA.dZu kAw]Engkau tak cari betul-betul, ada baju kau di dalam bilik itu.
mengacak[m«.NA.tSA/]kata adjektifberkenaan air yang berkocak sehingga mengeluarkan bunyi disebabkan pergerakan ikan di dalam air, riak ikan.Kalau nak menjaring, carik le tempat yang mengacak.[kA.lAw nA/ m«n.dZA.ÄiN tSA.Äi/ l« t«m.pAt jAN m«.NA.tSA/]Kalau nak menjaring, carilah tempat yang mengacak
loyah[lo.jAh]kata adjektifberkenaan mulut manusia atau benda yang besar.Nak senang isik ae, carik le tempayan mulut loyah.[nA/ s«.nAN i.si/ Ae tSA.Äi/ l« t«m.pA.jAn mu.lut lo.jAh]Nak senang isi air, carilah tempayan mulut besar.
cakau kaes[tSA.kAw kAes] melakukan pelbagai pekerjaan untuk mencari rezeki.Anak ramai, cakau kaes die carik makan.[A.nA/ ÄA.mAj tSA.kAw kAes di.j« tSA.Äi/ mA.kAn]Anak ramai, bersungguh-sungguh dia berusaha mencari rezeki.
bekanjau[b«.kAn.dZAw]kata kerjapenat atau jemu.Mane kau letak, bekanjau aku carik tak jumpe.[mA.n« kAw l«.tA/ b«.kAn.dZAw A.ku tSA.Äi/ tA/ dZum.p«]Di mana engkau letak, puas aku cari tidak jumpa.
kayu anak[kA.ju A.nA/] kayu sebesar jari telunjuk dan berukuran kira-kira enam inci yang digunakan dalam permainan konda kondi.Eh! Kayu anak ni kontot sangat. Carik le yang panjang siket.[eh kA.ju A.nA/ ni kon.tot sA.NAt tSA.Äi/ l« jAN pAn.dZAN si.ket]Eh! Kayu anak ini pendek sangat. Carilah yang panjang sedikit.
lopak-lopak[lo.pA/.lo.pA/]kata namasejenis alat permainan tradisi kanak-kanak yang menggunakan bahagian belakang pelepah pisang berukuran kira-kira dua kaki panjang. Pelepah ini dipotong beberapa bilah tanpa putus padanya dan dikopakkan menegak menyerupai lidah. Bunyi letupan terhasil apabila lidah-lidah pelepah pisang yang ditegakkan itu ditolak dengan kuat menggunakan tangan.Nak maen lopak-lopak, kene le carik pelepah pisang mude.[nA/ mAen lo.pA/.lo.pA/ k«.n« l« tSA.Äi/ p«.l«.pAh pi.sAN mu.d«]Hendak main lopak-lopak, kenalah cari pelepah pisang muda.
menatong[m«.nA.toN]kata kerjaberpindah-randah ke sana-sini, misalnya untuk mencari kerja.Nak nanggong anak bini, tepakse le menatong sane sini, carik keje.[nA/ nAN.goN A.nA/ bi.ni t«.pA/.s« l« m«.nA.toN sA.n« si.ni tSA.Äi/ k«.dZ«]Hendak menyara anak isteri, terpaksalah berpindah ke sana sini mencari kerja.
menagan[m«.nA.gAn]kata kerjamemasang jaring di laut dan membiarkannya dalam jangka masa yang panjang.Pagi-pagi lagi Pak Kesep dah menagan kat laot carik rezeki.: [pA.gi.pA.gi lA.gi pA/ k«.s«p dAh m«.nA.gAn kAt lAot tSA.Äi/ Ä«.z«.ki]Pagi-pagi lagi Pak Kesep dah memasang jaring di laut mencari rezeki.

Kembali ke atas