Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[da.pur] | داڤور

Definisi : 1. bahagian rumah tempat memasak; 2. alat utk memasak (nasi, gulai, dll), tempat membakar (roti, kapur, dll); belanja ~ perbe­lanjaan utk keperluan makanan sehari-hari; orang ~ bp isteri atau orang perempuan yg menguruskan penyediaan makanan sehari-hari; orang se~ seisi rumah (kaum keluarga); ~ arang dapur yg menggunakan arang sbg bahan pembakar; ~ basah dapur tempat me­lakukan kerja masak-memasak yg biasanya banyak menggunakan air; ~ elektrik = ~ karan dapur yg menggunakan kuasa elektrik; ~ gas dapur yg menggunakan gas sbg bahan bakar; ~ kayu dapur yg menggunakan kayu sbg bahan pembakar; ~ kering dapur yg hanya digunakan utk menyediakan makanan ringan atau meng­hidangkan makanan (biasanya berkeadaan kering); ~ minyak tanah dapur yg meng­guna­kan minyak tanah sbg bahan pembakar; ~ umum dapur tempat menyediakan makanan utk orang ramai (dlm keadaan darurat dsb). (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[da.pur] | داڤور

Definisi : 1 bahagian rumah tempat memasak: ~nya kecil, tetapi bersih. 2 alat tempat memasak (nasi dll): Emaknya menggunakan ~ gas sekarang. 3 tempat membakar sesuatu (spt kapur, roti). ~ basah dapur tempat melakukan kerja. ~ elektrik dapur yg menggunakan tenaga elektrik. ~ gas dapur yg menggunakan gas utk memasak. ~ kayu dapur yg menggunakan kayu sbg bahan utk dibakar. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata dapur

Puisi
 

Betul bodoh orang di dapur,
     Keris pesaka potongkan sayur;
Sungguh songket bunga bertabur,
     Kerap tercampak di balik dapur.


Lihat selanjutnya...(17)
Peribahasa

Merantau di sudut dapur.

Bermaksud :

Pergi mencari penghidupan ke tempat yang tak berapa jauh. (Biasa juga: Merantau ke balik dapur).

 

Lihat selanjutnya...(11)


Glosari Dielek Melaka

EntriFonetikKelas KataMaknaAyat DialekSebutan DialekMaksud Ayat
gingau[gi.NAw]kata kerjamenengok atau mencari benda-benda yang tersorok.Cube kau gingau bawah dapo tu, ade ke parang tu?[tSu.b« kAw gi.NAw bA.wAh dA.po tu A.d« k« pA.ÄAN tu]Cuba engkau cari di bawah dapur, ada tak parang itu?
carang[tSA.ÄAN]kata namakesan torehan pada pokok getah.Malam tadi ujan, carang basah, tak berasap le dapo aku.[mA.lAm tA.di u.dZAn tSA.ÄAN bA.sAh tA/ b«.ÄA.sAp l« dA.po A.ku]Malam tadi hujan, carang basah, tidak berasaplah dapur aku.
beseban[b«.sE.bAn]kata kerjaberkumpul beramai-ramai untuk membuat sesuatu kerja di satu tempat, misalnya di anjung rumah.Kat dapo tu beseban orang perempuan tengah siap bahan laok kenduri.[kAt dA.po tu b«.sE.bAn o.ÄAN p«.Ä«m.pu.wAn t«.NAh si.jAp bA.hAn lAo/ k«n.du.Äi]Di dapur, ramai orang-orang perempuan sedang menyiapkan lauk kenduri.
tige sebandong[ti.g« s«.bAn.doN] rumah yang mempunyai tiga bahagian iaitu rumah ibu, rumah tengah dan rumah dapur.Wah besaunye rumah kau, tige sebandong![wAh b«.sAw.ø« Äu.mAh kAw ti.g« s«.bAn.doN]Wah besarnya rumah kau, tiga sebandung!
silang gunteng[si.lAN gun.teN] tingkap kecil di bahagian bumbung dapur yang boleh dibuka dan ditutup untuk membolehkan asap keluar.Lepas masak tutop silang gunteng, nanti ae ujan masok.[l«.pAs mA.sA/ tu.top si.lAN gun.teN nAn.ti Ae u.dZAn mA.so/]Lepas masak tutup silang gunting, nanti air hujan masuk
kelek anak[kE.le/ A.nA/] bahagian rumah yang berbumbung di hujung pelantar di antara rumah ibu dengan rumah dapur, lazimnya diletakkan katil bujang.Kelek anak orang bujang kite tu gelap, pasang le lampu.[kE.le/ A.nA/ o.ÄAN bu.dZAN ki.t« tu g«.lAp pA.sAN l« lAm.pu]Kelek anak orang bujang kita tu gelap, pasanglah lampu.

Kembali ke atas