ayon | [A.jon] | kata tugas | tempoh masa yang agak panjang dalam satu hari. | Dari tengah hari ayon ke petang die tu mule le saket. | [dA.Äi t«.NAh hA.Äi A.jon k« p«.tAN di.j« tu mu.l« l« di.y« sA.ket] | Dari tengah hari hingga ke petang itu dia mulalah sakit. |
sia | [si.jA] | kata nama | kayu kecil yang dipasang memanjang dari kemudi hingga ke luan di kiri kanan bahagian atas dinding perahu tetapi tidak melekat pada perahu (tidak seperti mempisang yang melekat pada perahu). Sia melindungi bahagian tersebut daripada menjadi haus akibat kerja di laut seperti menarik pukat. | Pasangkan sia tu kalau tak perahu rosak. | [pA.sAN.kAn si.jA tu kA.lAw tA/ p«.ÄA.hu Äo.sA/] | Pasangkan sia tu kalau tidak perahu rosak. |
guel | [gu.wel] | kata kerja | menggulingkan sesuatu benda dari atas ke bawah. | Kau guelkan aje batang kayu tu ke bawah. | [kAw gu.wel.kAn A.dZ« bA.tAN kA.ju tu k« bA.wAh] | Engkau gulingkan sahaja batang kayu itu ke bawah. |
sanggol lintang | [sAN.gol lin.tAN] | | sanggul yang dipakai melintang dari kiri ke kanan oleh pengantin perempuan semasa majlis bersanding. | Pening kepale aku pakai sanggol lintang, berat! | [p«.niN k«.pA.l« A.ku pA.kAj sAN.gol lin.tAN b«.ÄAt] | Pening kepala aku pakai sanggul lintang kerana berat! |
balai | [bA.lAj] | kata nama | bahagian rumah papan di hadapan tangga tengah dan bersambung dari pintu tengah rumah, berbumbung dan berlantai yang mengadap anak tangga. | Kalau panas sangat, mari sembang kat balai. | [kA.lAw pA.nAs sA.NAt mA.Äi sem.bAN kAt bA.lAj] | Kalau panas sangat, mari sembang kat balai |
tejeromo | [t«.dZ«.Äo.mo] | kata kerja | terserempak. | Die keluau aje pintu rumah, terus aje tejeromo dengan aku. | [di.j« k«.lu.wAw A.dZ« pin.tu Äu.mAh t«.Äus A.dZ« t«.dZ«.Äo.mo d«.NAn A.ku] | Dia keluar sahaja dari pintu rumah, terus terserempak dengan aku. |
naek padi | [nAe/ pA.di] | | proses menuai dan membawa padi naik dari sawah. | Dah dekat nak naek padi, kene le siap lesong. | [dAh d«.kAt nA/ nAe/ pA.di k«.n« l« si.jAp l«.soN] | Sudah dekat nak naik padi, kenalah siapkan lesong. |
perot muda | [p«.Äot mu.d«] | | bahagian perut dari aras pusat ke ari-ari. | Aku tak tahu ngape, perot mude aku ni rase senak. | [A.ku tA/ tA.hu NA.p« p«.Äot mu.d« A.ku ni ÄA.s« s«.nA/] | Aku tidak tahu mengapa perut muda aku ini terasa senak. |
mempisang | [m«m.pi.sAN] | kata nama | 1. kayu kecil yang dipasang memanjang dari kemudi hingga ke haluan di kiri kanan bahagian atas dinding perahu dan melekat pada perahu (tidak seperti sia yang tidak melekat pada perahu). Mempisang melindungi bahagian itu daripada menjadi haus akibat kerja di laut seperti menarik pukat. | Kau kene pasang mempisang, nanti sapan perahu kau. | [kAw k«.n« pA.sAN m«m.pi.sAN nAn.ti sA.pAn p«.Ä«.hu kAw] | Kau kena pasang mempisang, nanti rosak perahu kau. |
pesak daon buloh | [pe.sA/ dAon bu.loh] | | pesak yang dijahit terus dari ketiak baju, bersambung dengan bahagian pinggang, khususnya untuk baju kebaya. | Baju kebaye aku ni jangan lupe buat pesak daon buloh. | [bA.dZu k«.bA.j« A.ku ni dZA.NAn lu.p« bu.wAt pe.sA/ dAon bu.loh] | Baju kebaya aku ni jangan lupa buat pesak daun buluh. |