Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[de.gil] | دݢيل

Definisi : (bersifat) tidak mahu atau tidak mudah menurut kata atau menerima nasihat, keras hati, tegar, keras kepala, kepala batu: budak itu memang degil, makin dilarang makin lagi dibuatnya; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[de.gil] | دݢيل

Definisi : tidak mahu menurut kata atau tidak mahu menerima nasihat; keras kepala: Budak itu ~ betul, apa kata ibunya sedikit pun tak diendahkannya. berdegil enggan menurut perintah, nasihat, tegahan dll: Jangan ~ lagi, lekas buat apa yg disuruh oleh guru itu. kedegilan keadaan atau sifat degil; ketegaran: Oleh sebab ~nyalah, maka dia tidak dipedulikan oleh gurunya. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata degil

Peribahasa

Bangsar balur liat.

Bermaksud :

Orang yang degil. balur = kulit keras.

 

Lihat selanjutnya...(9)


Glosari Dielek Melaka

EntriFonetikKelas KataMaknaAyat DialekSebutan DialekMaksud Ayat
himol[hi.mol]kata adjektifdegil; jelat, baut.Engkau ni padah-padah himol.[«N.kAw ni pA.dAh.pA.dAh hi.mol]Engkau ini sangat degil.
jelat[dZ«.lAt]kata adjektif1. degil; himol, baut.Kau ni jelat betol.[kAw ni dZ«.lAt b«.tol]Kau ni degil betul.
bedok[b«.do/]kata kerjamemukul dengan menggunakan sesuatu seperti kayu, rotan dan lain-lain.Jangan degil, nanti mak bedok.[dZA.NAn d«.gil nAn.ti mA/ b«.do/]Jangan degil, nanti emak pukul.
baot[bAot]kata adjektifdegil; himol; jelat.Baot betol budak ni, langsong tak dengau cakap orang.[bAot b«.tol bu.dA/ ni lAN.soN tA/ d«.NAw tSA.kAp o.ÄAN]Degil betul budak ini, langsung tidak mahu mendengar cakap orang.
mengopes[m«.No.pes]kata adjektifberkenaan budak yang degil dan tidak tahu duduk diam.Budak ni mengopes aje le, buat peneng kepale aku.[bu.dA/ ni m«.No.pes A.dZ« l« bu.wAt p«.neN k«.pA.l« A.ku]Budak ini degil dan tak tahu duduk diam, buat pening kepala aku.

Kembali ke atas