besenaok | [b«.s«.nAo/] | kata adjektif | berkenaan tempat yang dipenuhi dengan orang atau haiwan dengan pelbagai ragam. | Bile raye, rumah ni besenaok dengan cucu-cicet emak. | [bi.l« ÄA.j« Äu.mAh ni b«.s«.nAo/ d«.NAn tSu.tSu.tSi.tSet «.mA/] | Apabila hari raya, rumah ini ramai dengan cucu-cicit emak. |
padok | [pA.do/] | kata kerja | memadankan barang-barang atau menjodohkan pasangan manusia. | Kalau mak padokkan kau dengan budak tu, kau mau? | [kA.lAw mA/ pA.do/.kAn kAw d«.NAn bu.dA/ tu kAw mAu] | Kalau emak jodohkan engkau dengan budak itu, engkau mahu? |
besemudal | [b«.s«.mu.dAl] | kata kerja | berlumuran atau bersalut dengan sesuatu seperti lumpur. | Abes basikal aku besemudal dengan lumpo. | [A.bes bA.si.kAl A.ku b«.s«.mu.dAl d«.NAn lum.po] | Habis berlumuran lumpur basikal aku. |
buat pemelau | [bu.wAt p«.m«.lAw] | | melawak yang tidak kena pada tempatnya. | Dengan pak sedare kau tu jangan buat pemelau, nanti die naek angen baru tau. | [d«.NAn pA/ s«.dA.Ä« kAw dZA.NAn bu.wAt p«.m«.lAw nAn.ti di.j« nAe/ A.Nen bA.Äu tAu] | Dengan bapa saudara kau tu jangan nak melawak sembarangan, nanti dia naik angin, baru engkau tahu. |
tejeromo | [t«.dZ«.Äo.mo] | kata kerja | terserempak. | Die keluau aje pintu rumah, terus aje tejeromo dengan aku. | [di.j« k«.lu.wAw A.dZ« pin.tu Äu.mAh t«.Äus A.dZ« t«.dZ«.Äo.mo d«.NAn A.ku] | Dia keluar sahaja dari pintu rumah, terus terserempak dengan aku. |
tepek | [te.pe/] | kata kerja | meleperkan sesuatu dengan tapak tangan. | Getah kau dah beku, dah boleh tepek ni. | [g«.tAh kAw dAh b«.ku dAh bo.leh te.pe/ ni] | Getah engkau sudah beku, sudah boleh ditekan dengan tapak tangan. |
culek arang | [tSu.le/ A.ÄAN] | | amalan menyimbah air serta melumurkan arang periuk, kuali dan sebagainya pada bahagian muka seseorang termasuk pasangan pengantin setelah majlis perkahwinan selesai. | Terok penganten perempuan kene culek arang dengan laki die. | [t«.Äo/ p«.NAn.ten p«.Ä«m.pu.wAn k«.n« tSu.le/ A.ÄAN d«.NAn lA.ki di.j«] | Teruk pengantin perempuan kena culik arang oleh suaminya. |
paku mengawan | [pA.ku m«.NA.wAn] | | sejenis tumbuhan menyerupai pokok keladi yang tumbuh semasa sawah berair. Tingginya kira-kira dua jengkal. Daunnya seakan-akan daun keladi. Pucuknya boleh dijadikan sayur goreng air atau masak lemak. Batangnya boleh dimakan dengan cara dicelur dan dicicah dengan sambal; rumput sudu itek, rumpot tapak itek | | | |
buat hubong | [bu.wAt hu.boN] | | menyambung pada hujung helaian daun tikar yang sedang dianyam kerana telah pendek, dengan menggunakan helaian daun yang baharu supaya tikar itu boleh menjadi lebih panjang atau lebar. | Ni dah kontot sangat ni, baek kau buat hubong. | [ni dAh kon.tot sA.NAt ni bAe/ kAw bu.wAt hu.boN] | Ini sudah kontot sangat, baik kau sambungkannya dengan daun baharu. |
madu angsa | [mA.du AN.sA] | | sejenis kuih yang diperbuat daripada pulut hitam, yang diperap dengan ragi dan dimakan bersama santan. | | | |