| | | 2. mendukung seseorang di bahagian belakang badan; encang. | Meh atuk cangcang engkau, boleh jalan cepat sikit. | [meh A.tu/ tSAN.tSAN «N.kAw bo.leh dZA.lAn tS«.pAt si.ket] | Mari atuk dukung engkau di belakang, boleh jalan cepat sikit. |
silang gunteng | [si.lAN gun.teN] | | tingkap kecil di bahagian bumbung dapur yang boleh dibuka dan ditutup untuk membolehkan asap keluar. | Lepas masak tutop silang gunteng, nanti ae ujan masok. | [l«.pAs mA.sA/ tu.top si.lAN gun.teN nAn.ti Ae u.dZAn mA.so/] | Lepas masak tutup silang gunting, nanti air hujan masuk |
pesak gantong | [pe.sA/ gAn.toN] | | pesak yang dijahit terus dari ketiak baju, bersambung di bahagian atas sedikit daripada pinggang, khususnya untuk baju kurung. | Badan aku ni gempal, baju kurong aku tu kau pasang pesak gantong aje. | [bA.dAn A.ku ni g«m.pAl bA.dZu ku.ÄoN A.ku tu kAw pA.sAN pe.sA/ gAn.toN A.dZ«] | Badan aku ni gempal, baju kurung aku tu kau pasang pesak gantunglah. |
beciyau | [b«.tSi.jAw] | kata kerja | menggerakkan pengayuh ke kiri atau ke kanan untuk mengawal arah bot semasa memasang pukat di laut. Tugas tersebut dilakukan secara berdiri di bahagian hadapan bot. | Kalau tengah beciyau, jage-jage, tak ke laen pegi bot. | [kA.lAw t«.NAh b«.tSi.jAw dZA.g«.dZA.g« tA/ k« lA«n p«.gi bot] | Kalau sedang berciau harus berhati-hati, jika tidak, ke lain hala bot. |
kaet | [kAet] | kata nama | bahagian hujung ekor kucing yang bengkok. | Wah, eko kuceng ni kaet! | [wAh e.ko ku.tSeN ni kAet] | Wah, ekor kucing ini bengkok di hujungnya! |
keladi cudang | [k«.lA.di tSu.dAN] | | sejenis pokok keladi yang bahagian tepi pelepahnya berwarna merah dan isinya berwarna putih. Keladi ini boleh direbus, dibuat sayur atau digoreng. Pelepahnya juga boleh dibuat sayur. | | | |
kelek anak | [kE.le/ A.nA/] | | bahagian rumah yang berbumbung di hujung pelantar di antara rumah ibu dengan rumah dapur, lazimnya diletakkan katil bujang. | Kelek anak orang bujang kite tu gelap, pasang le lampu. | [kE.le/ A.nA/ o.ÄAN bu.dZAN ki.t« tu g«.lAp pA.sAN l« lAm.pu] | Kelek anak orang bujang kita tu gelap, pasanglah lampu. |
balai | [bA.lAj] | kata nama | bahagian rumah papan di hadapan tangga tengah dan bersambung dari pintu tengah rumah, berbumbung dan berlantai yang mengadap anak tangga. | Kalau panas sangat, mari sembang kat balai. | [kA.lAw pA.nAs sA.NAt mA.Äi sem.bAN kAt bA.lAj] | Kalau panas sangat, mari sembang kat balai |
sia | [si.jA] | kata nama | kayu kecil yang dipasang memanjang dari kemudi hingga ke luan di kiri kanan bahagian atas dinding perahu tetapi tidak melekat pada perahu (tidak seperti mempisang yang melekat pada perahu). Sia melindungi bahagian tersebut daripada menjadi haus akibat kerja di laut seperti menarik pukat. | Pasangkan sia tu kalau tak perahu rosak. | [pA.sAN.kAn si.jA tu kA.lAw tA/ p«.ÄA.hu Äo.sA/] | Pasangkan sia tu kalau tidak perahu rosak. |
mempisang | [m«m.pi.sAN] | kata nama | 1. kayu kecil yang dipasang memanjang dari kemudi hingga ke haluan di kiri kanan bahagian atas dinding perahu dan melekat pada perahu (tidak seperti sia yang tidak melekat pada perahu). Mempisang melindungi bahagian itu daripada menjadi haus akibat kerja di laut seperti menarik pukat. | Kau kene pasang mempisang, nanti sapan perahu kau. | [kAw k«.n« pA.sAN m«m.pi.sAN nAn.ti sA.pAn p«.Ä«.hu kAw] | Kau kena pasang mempisang, nanti rosak perahu kau. |