dilakikan | [di.lA.ki.kAn] | kata adjektif | berkenaan dengan tanam-tanaman seperti pokok bunga dan sayur-sayuran yang dirosakkan oleh haiwan. | Penat aje aku tanam, abes pokok bunge aku dilakikan ayam. | [] | Penat sahaja aku tanam, habis pokok bunga aku dirosakkan oleh ayam. |
matikan ae | [mA.ti.kAn Ae] | | tidak pergi ke majlis kenduri atau sesuatu tempat. | Keje kawen rumah die, aku matikan ae aje. | [k«.dZ« kA.wen Äu.mAh di.j« A.ku mA.ti.kAn Ae A.dZ«] | Majlis perkahwinan di rumah dia, aku tidak pergi. |
tambun | [tAm.bon] | kata nama | kolam kecil yang dibina di dalam petak sawah untuk memerangkap ikan. Biasanya berukuran lebih kurang sepuluh kaki panjang dan sepuluh kaki lebar. Lumpur digunakan untuk membina dinding tambun. Dinding tambun yang bersempadan dengan petak-petak sawah dibuat lubang bagi membolehkan ikan dari petak-petak tersebut masuk ke dalam tambun. | Taon ni aku due tige tambon kat sawah. Puas le makan ikan. | [tAon ni A.ku du.w« ti.g« tAm.bon kAt sA.wAh pu.wAs l« mA.kAn i.kAn] | Tahun ini aku buat dua tiga kolam ikan di sawah. Puaslah makan ikan. |
mengepes I | [m«.Ne.pes] | kata kerja | membuat hal sendiri. | Bagus budak tu tak nyusahkan emak die, mengepes aje. | [bA.gus bu.dA/ tu tA/ m«.øu.sAh.kAn «.mA/ di.j« m«.Ne.pes A.dZ«] | Budak itu tidak menyusahkan emaknya, mengepes saja. |
bekanjau | [b«.kAn.dZAw] | kata kerja | penat atau jemu. | Mane kau letak, bekanjau aku carik tak jumpe. | [mA.n« kAw l«.tA/ b«.kAn.dZAw A.ku tSA.Äi/ tA/ dZum.p«] | Di mana engkau letak, puas aku cari tidak jumpa. |
ayau | [A.jAw] | kata nama | kemahuan orang lain yang boleh membawa kesan negatif. | Kau ikotkan le ayau die, nanti kau pon kene. | [kAw i.kot.kAn l« A.jAw di.j« nAn.ti kAw pon k«.n«] | Engkau ikutkanlah kemahuan dia, nanti engkau pun kena. |
tak menyenet | [tA/ m«.ø«.net] | | berkenaan haiwan atau tumbuh-tumbuhan yang tidak sempat hidup atau membesar kerana dimusnahkan oleh sesuatu. | Abes tak menyenet anak pokok aku dikejekan kambeng. | [A.bes tA/ m«.ø«.net A.nA/ po.ko/ A.ku di.k«.dZ«.kAn kAm.beN] | Habis tak sempat hidup anak pokok aku sebab dimakan kambing. |
tanah pase bulan | [tA.nAh pA.se bu.lAn] | | sejenis tanah bercampur pasir yang biasanya terdapat berhampiran dengan sawah. Tanah ini peroi dan berwarna kehitaman. | Kat tanah pase bulan macam ni, rumpot bukan maen gemok le die. | [kAt tA.nAh pA.se bu.lAn mA.tSAm ni Äum.pot bu.kAn mAen g«.mo/ l« di.j«] | Di tanah pasir bulan begini, rumput bukan main suburlah. |
cakau kaes | [tSA.kAw kAes] | | melakukan pelbagai pekerjaan untuk mencari rezeki. | Anak ramai, cakau kaes die carik makan. | [A.nA/ ÄA.mAj tSA.kAw kAes di.j« tSA.Äi/ mA.kAn] | Anak ramai, bersungguh-sungguh dia berusaha mencari rezeki. |
melarah | [m«.lA.ÄAh] | kata kerja | gugur dalam kuantiti yang banyak. | Malam tadi ribot kuat, abes melarah buah kuini aku belakang rumah. | : [mA.lAm tA.di Äi.bot ku.wAt A.bes m«.lA.ÄAh bu.wAh ku.i.ni A.ku b«.lA.kAN Äu.mAh] | Malam tadi ribut kuat, habis luruh buah kuini aku di belakang rumah. |