Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : 1. di tempat itu: ia duduk dan me­nyandarkan badannya ~; 2. bp awak, engkau, kamu; 3. pd waktu (ketika, masa) itu; (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : di tempat itu: Tadi dia ada di ~. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata di situ

Puisi
 

Kalau hendak main keriku,
     Kaca remuk dalam puan;
Kalau tidak jadi di situ,
     Hati remuk kerana tuan.


Lihat selanjutnya...(18)
Peribahasa

Ijuk sebelembang,
     tali di situ keluan di situ.

Bermaksud :

Pencarian yang tiada memadai. sebelembang = seberkas.

 

Lihat selanjutnya...(19)

500

When in Rome, do as the Romans do

Apabila berada di tempat atau Negara orang, kita haruslah mengikut aturan atau kebiasaan yang diamalkan di situ.

Di mana ranting patah, di situ air disauk

You should take off your shoes when entering a house because in this country, it's considered impolite not to. When in Rome, do as the Romans do!

Kita haruslah membuka kasut apabila memasuki rumah orang kerana di negara ini, kita dianggap kurang sopan jika tidak berbuat demikian. Di mana ranting patah, di situ air disauk!

Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu


Lihat selanjutnya...(10)

Glosari Dielek Melaka

EntriFonetikKelas KataMaknaAyat DialekSebutan DialekMaksud Ayat
kobak[ko.bA/]kata kerjamencangkul.Jangan kobak kat situ, tanahnye bebatu.[dZA.NAn ko.bA/ kAt si.tu tA.nAh.ø« b«.bA.tu]Jangan mencangkul di situ kerana tanahnya penuh dengan batu.
deroh[d«.Äoh]kata namatanah yang lembut atau berlumpur menyebabkan kaki terbenam apabila dipijak.Kau lalu kat situ baek-baek, tempat tu deroh. Nanti abes sapan kasut.[kAw lA.lu kAt si.tu bAe/.bAe/ t«m.pAt tu d«.Äoh nAn.ti A.bes sA.pAn kA.sut]Engkau lalu di situ baik-baik, tempat itu berlumpur. Nanti habis jahanam kasut.
tepangkoh[t«.pAN.koh]kata kerjaterhentak dengan kuat pada sesuatu seperti meja, tembok, tiang yang tidak mendatar.Budak lombe haram tu tepangkoh pade tiang lampu, mati kat situ juge.[bu.dA/ lom.b« hA.ÄAm tu t«.pAN.koh pA.d« ti.jAN lAm.pu mA.ti kAt si.tu dZu.g«]Budak yang berlumba haram itu terhentak pada tiang lampu, mati di situ juga.

Kembali ke atas