Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Puisi
 

Kacang legor dari sini,
     Kayu ruak dari seberang;
Nak tegur tak berani,
     Takut tak jawab dia orang.


Lihat selanjutnya...(76)
Peribahasa

Apabila orang miskin menghendaki wang,
     dia mendapat anak;
apabila orang kaya menghendaki anak,
     dia mendapat wang.

Bermaksud :

Hasil yang berlawanan dengan keinginan; lain yang dihajati lain yang diperoleh.

 

Lihat selanjutnya...(18)

475

The pot calling the kettle black

Orang yang mengkritik atau mengata orang lain sedangkan dia pun sama seperti hal yang dikatakan itu.

Kata periuk belanga hitam

My grandmother overheard her neighbour gossiping that she had no dignity as she had married another woman's husband. She rebuked by saying: ''Well, look who''s talking. Weren't you the one who got attacked by those women when they heard that you wanted to marry their husband? Talk about the pot calling the kettle black!''

Nenekku terdengar umpatan jirannya yangmengatakan bahawa dia tidak ada maruah kerana berkahwin dengan suami orang. Dia menempelak kembali dengan berkata: ''Cermin diri kau dulu. Bukankah kau dulu diganyang oleh madu-madu kau apabila mereka mendapat tahu yang kau hendak merampas laki mereka? Kata periuk belanga hitam, konon!''

Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu


Lihat selanjutnya...(106)

Glosari Dielek Melaka

EntriFonetikKelas KataMaknaAyat DialekSebutan DialekMaksud Ayat
muke pede[mu.k« p«.d«] berkenaan orang yang tak tahu malu.Die tu muke pede, orang cakap ape pon die tak kesah.[di.j« tu mu.k« p«.d« o.ÄAN tSA.kAp A.p« pon di.j« tA/ ke.sAh]Dia itu tidak tahu malu, orang cakap apa pun dia tidak kisah.
melalang[m«.lA.lAN]kata adjektifberkenaan mata yang terbeliak dan melilau-lilau yang dikaitkan dengan gangguan makhluk halus. Biasanya menimbulkan perasaan takut pada orang yang memandang.Kene rasok agaknye, mate die melalang tengok orang kelileng.[k«.n« ÄA.so/ A.gA/.ø« mA.t« di.j« m«.lA.lAN t«.No/ o.ÄAN k«.li.leN]Mata dia terbeliak dan melilau-lilau tengok orang di sekeliling.
komkam[kom.kAm]kata adjektifberkenaan orang yang gila-gila sama ada dalam percakapan atau perbuatan.Die tu komkam, malas aku nak layan.[di.j« tu kom.kAm mA.lAs A.ku nA/ lA.jAn]Dia itu komkom, malas aku nak layan.
mengepes II[m«.Ne.pes]kata adjektifberkenaan orang yang tidak tahu duduk diam.Die tu mengepes je, penat kite nengoknye.[di.j« tu m«.Ne.pes dZ« p«.nAt ki.t« ne.No/.ø«]Dia tidak duduk diam, penat kita melihatnya.
kenak[k«.nA/]kata adjektifberkenaan orang yang boleh atau mudah dibawa berunding atau baik hati.Setakat ni, die tu kenaklah, selalu nolong kite.[s«.tA.kAt ni di.j« k«.nA/.lAh s«.lA.lu no.loN ki.t«]Setakat ini, dia boleh dibawa berunding, selalu menolong kita.
ayau[A.jAw]kata namakemahuan orang lain yang boleh membawa kesan negatif.Kau ikotkan le ayau die, nanti kau pon kene.[kAw i.kot.kAn l« A.jAw di.j« nAn.ti kAw pon k«.n«]Engkau ikutkanlah kemahuan dia, nanti engkau pun kena.
cebel[tS«.bel]kata adjektifberkenaan orang yang tidak tahu menyimpan rahsia.Kau jangan cakap lepas, die tu suke cebel sana, cebel sini![kAw dZA.NAn tSA.kAp l«.pAs di.j« tu su.k« tS«.bel sA.nA tS«.bel si.ni]Engkau bukan tidak tahu dia itu, tak tahu simpan rahsia dengan bercerita sana, bercerita sini!
menceme[m«n.tSe.me]kata kerjaberbaik-baik dengan orang perempuan dengan niat jahat.Die asek pegi rumah jande tu aje, tak laen nak menceme le tu.[di.j« A.se/ p«.gi Äu.mAh dZAn.dA tu A.dZ« tA/ lAen nA/ m«n.tSe.me l« tu]Dia asik pergi ke rumah janda itu sahaja, tak lain nak mencemelah.

Kembali ke atas