tambun | [tAm.bon] | kata nama | kolam kecil yang dibina di dalam petak sawah untuk memerangkap ikan. Biasanya berukuran lebih kurang sepuluh kaki panjang dan sepuluh kaki lebar. Lumpur digunakan untuk membina dinding tambun. Dinding tambun yang bersempadan dengan petak-petak sawah dibuat lubang bagi membolehkan ikan dari petak-petak tersebut masuk ke dalam tambun. | Taon ni aku due tige tambon kat sawah. Puas le makan ikan. | [tAon ni A.ku du.w« ti.g« tAm.bon kAt sA.wAh pu.wAs l« mA.kAn i.kAn] | Tahun ini aku buat dua tiga kolam ikan di sawah. Puaslah makan ikan. |
semangat rumah | [s«.mA.NAt Äu.mAh] | | upacara yang dilakukan oleh tuan rumah sebelum menduduki rumah yang baru siap dibina. Sedikit bahan-bahan asas kehidupan seperti gula, kopi, beras, asam, tepung dan garam diletakkan di hadapan pintu utama rumah. Selepas tujuh hari baru boleh disapu. Tujuannya adalah untuk menaikkan seri rumah dan agar murah rezeki; seri rumah | Kau nak masok rumah baru tu, dah buat semangat rumah ke belom? | [kAw nA/ mA.so/ Äu.mAh bA.Äu tu dAh bu.wAt s«.mA.NAt Äu.mAh k« b«.lom] | Engkau hendak tinggal di rumah baru itu, sudah buat seri rumahkah atau belum? |
seri rumah | [s«.Äi Äu.mAh] | | upacara yang dilakukan oleh tuan rumah sebelum menduduki rumah yang baru siap dibina. Sedikit bahan-bahan asas kehidupan seperti gula, kopi, beras, asam, tepung dan garam diletakkan di hadapan pintu utama rumah. Selepas tujuh hari baru boleh disapu. Tujuannya adalah untuk menaikkan seri rumah dan agar murah rezeki; semangat rumah | Kau nak masok rumah baru tu, dah buat seri rumah ke belom? | [kAw nA/ mA.so/ Äu.mAh bA.Äu tu dAh bu.wAt s«.Äi Äu.mAh k« b«.lom] | Engkau hendak tinggal di rumah baru itu, sudah buat seri rumahkah atau belum? |