buloh rabong | [bu.loh ÄA.boN] | | sejenis buluh berwarna kehitaman yang digunakan untuk membuat rangka layang-layang. | | | |
buloh sigai | [bu.loh si.gAj] | | sejenis buluh yang bersaiz kecil boleh digunakan untuk membuat peralatan permainan letup-letup. | | | |
keledek jepon | [k«.le.de/ dZ«.pon] | | sejenis keledek yang isinya berwarna biru, yang boleh digunakan dalam perubatan tradisional. | | | |
sireh Melayu | [si.Äeh m«.lA.ju] | | sejenis daun sirih yang keras, bersaiz besar dan berwarna hijau dan berurat kasar. Selain dimakan digunakan juga untuk membuat gubahan sirih junjung. | | | |
gerit | [g«.Äit] | kata nama | getah berbentuk gelang yang digunakan untuk mengikat sesuatu. | Akak pakai gerit ikat rambot. | [A.kA/ pA.kAj g«.Äit i.kAt ÄAm.bot ] | Kakak ikat rambut dengan gelang getah. |
pelurut | [p«.lu.Äut] | kata nama | sejenis alat biasanya diperbuat daripada buluh yang digunakan untuk melurut daun anyaman, seperti daun mengkuang dan pandan, supaya menjadi rata dan lembut. | Bak sini pelurut tu, mak nak lurut mengkuang. | [bA/ si.ni p«.lu.Äut tu mA/ nA/ lu.Äut m«N.ku.wAN] | Berikan pelurut tu mak nak lurut mengkuang. |
pasak rasok tiang | [pA.sA/ ÄA.so/ ti.jAN] | | sejenis baji yang diperbuat daripada kayu dan digunakan bagi mengetatkan kedudukan rasuk pada tiang rumah. | Eh, pasangkan pasak rasok tiang tu, nanti longgau. | [eh pA.sAN.kAn pA.sA/ ÄA.so/ ti.jAN tu nAn.ti loN.gAw] | Eh, pasangkan pasak rasok tiang itu, nanti longgar. |
tajak | [tA.dZA/] | kata nama | sejenis alat yang mempunyai batang berbentuk bulat atau segi empat dan mempunyai pisau tajak pada hunjungnya. Digunakan untuk menggali lubang, atau memotong tangkai buah kelapa sawit. | Kau nak buat lubang tu, pakai le tajak. | [kAw nA/ bu.wAt lu.bAN tu pA.kAj l« tA.dZA/] | Engkau hendak buat lubang itu, pakailah tajak. |
pisau tarek | [pi.sAw tA.Äe/] | | sejenis pisau menoreh pokok getah yang mempunyai mata di sebelah bawah yang digunakan secara menarik dari hujung ke pangkal carang (bekas torehan); ketam tarek, pahat tarek. | Pakai pisau tarek rase macam lebeh cepat noreh. | [pA.kAj pi.sAw tA.Äe/ ÄA.s« mA.tSAm l«.beh tS«.pAt no.Äeh] | Pakai pisau tarik terasa lebih cepat menoreh. |
pahat tarek | [pA.hAt tA.Äe/] | | sejenis pisau menoreh pokok getah yang mempunyai mata di sebelah bawah yang digunakan secara menarik dari hujung ke pangkal carang (bekas torehan); ketam tarek, pisau tarek. | Pakai pahat tarek rase macam lebeh cepat noreh. | [pA.kAj pA.hAt tA.Äe/ ÄA.s« mA.tSAm l«.beh tS«.pAt no.Äeh] | Pakai pahat tarik terasa lebih cepat menoreh |