pulot tetal | [pu.lot t«.tAl] | | sejenis kuih yang diperbuat daripada pulut yang telah dikukus bersama santan dan sedikit garam dan ditekan dalam loyang hingga mampat sebelum dipotong kecil untuk dimakan begitu sahaja atau bersama kuah gula. | | | |
lepat sagu | [l«.pAt sA.gu] | | sejenis kuih yang diperbuat daripada tepung sagu dan gula merah atau gula melaka, dibungkus dengan daun rumbia dan dikukus. | | | |
kue genggang | [kue gEN.gAN] | | sejenis kuih daripada tepung beras, santan, gula dan sedikit garam yang diadun bersama, dan separuh daripada adunan itu dibubuh pewarna merah. Adunan tersebut dikukus dalam loyang selapis demi selapis, diselangselikan warnanya; kuih lapis. | | | |
kue ku | [kue ku] | | sejenis kuih yang berbentuk bulat membujur seperti buah pinang yang luarnya dibuat daripada tepung pulut dan intinya daripada kacang hijau yang dimasak dengan kelapa parut dan gula. Kuih ku dikukus dan diwarnakan; kueh periye. | | | |
kue periye] | [kue p«.Äi.j«] | | sejenis kuih yang berbentuk bulat membujur seperti buah pinang yang luarnya dibuat daripada tepung pulut dan intinya daripada kacang hijau yang dimasak dengan kelapa parut dan gula. Kuih ku dikukus dan diwarnakan; kue ku. | | | |