selongket | [s«.loN.ket] | kata kerja | membongkar tanaman, terutama yang dilakukan oleh haiwan. | Abes keledek aku kat kebon, kene selongket babi. | [A.bes k«.le.de/ A.ku kAt k«.bon k«.n« s«.loN.ket bA.bi] | Habis keledek aku di kebun, dibongkar oleh babi. |
beranggau | [b«.ÄAN.gAw] | kata kerja | kerja-kerja persiapan yang dilakukan kira-kira tiga atau empat hari sebelum majlis perkahwinan dilangsungkan. Antaranya ialah membuat balai, selasar, menyediakan makanan seperti tapai, kuih-muih, sambal serunding dan lain-lain. | Kau dok rumah, mak nak pegi beranggau rumah Mak Itam. | [kAw do/ Äu.mAh mA/ nA/ p«.gi b«.ÄAN.gAw Äu.mAh mA/ i.tAm] | Engkau duduk di rumah, emak hendak pergi beranggau di rumah Mak Itam. |
beranggau | [b«.ÄAN.gAw] | kata kerja | kerja-kerja persiapan yang dilakukan kira-kira tiga atau empat hari sebelum majlis perkahwinan dilangsungkan. Antaranya ialah membuat balai, selasar, menyediakan makanan seperti tapai, kuih-muih, sambal serunding dan lain-lain. | Kau dok rumah, mak nak pegi beranggau rumah Mak Itam. | [kAw do/ Äu.mAh mA/ nA/ p«.gi b«.ÄAN.gAw Äu.mAh mA/ i.tAm] | Engkau duduk di rumah, emak hendak pergi beranggau di rumah Mak Itam. |
seri rumah | [s«.Äi Äu.mAh] | | upacara yang dilakukan oleh tuan rumah sebelum menduduki rumah yang baru siap dibina. Sedikit bahan-bahan asas kehidupan seperti gula, kopi, beras, asam, tepung dan garam diletakkan di hadapan pintu utama rumah. Selepas tujuh hari baru boleh disapu. Tujuannya adalah untuk menaikkan seri rumah dan agar murah rezeki; semangat rumah | Kau nak masok rumah baru tu, dah buat seri rumah ke belom? | [kAw nA/ mA.so/ Äu.mAh bA.Äu tu dAh bu.wAt s«.Äi Äu.mAh k« b«.lom] | Engkau hendak tinggal di rumah baru itu, sudah buat seri rumahkah atau belum? |
semangat rumah | [s«.mA.NAt Äu.mAh] | | upacara yang dilakukan oleh tuan rumah sebelum menduduki rumah yang baru siap dibina. Sedikit bahan-bahan asas kehidupan seperti gula, kopi, beras, asam, tepung dan garam diletakkan di hadapan pintu utama rumah. Selepas tujuh hari baru boleh disapu. Tujuannya adalah untuk menaikkan seri rumah dan agar murah rezeki; seri rumah | Kau nak masok rumah baru tu, dah buat semangat rumah ke belom? | [kAw nA/ mA.so/ Äu.mAh bA.Äu tu dAh bu.wAt s«.mA.NAt Äu.mAh k« b«.lom] | Engkau hendak tinggal di rumah baru itu, sudah buat seri rumahkah atau belum? |
naek buai | [nAe/ bu.wAj] | | suatu upacara yang dilakukan sebelum bayi menggunakan buaian buat kali yang pertama. Bidan akan memasukkan barang-barang seperti dua genggam beras diisi di dalam gayung, anak lesung batu dan kitab suci al-Quran lalu dibuai sebanyak tujuh kali sambil bidan membaca doa. Kemudian barang-barang dan al-Quran tersebut cepat-cepat dikeluarkan dan selepas itu baru bayi dimasukkan ke dalam buaian. | Kau kena panggel bidan yang pandai naek buai dulu baru anak kau ni boleh naek buaian. | [kAw k«.nA pAN.gel bi.dAn jAN pAn.dAj nAe/ bu.wAj du.lu bA.Äu A.nA/ kAw ni bo.leh nAe/ bu.wAj.jAn] | Engkau kena panggil bidan yang pandai menjalankan upacara naik buaian dulu, baru anak engkau boleh menggunakan buaian. |
mereceh taik | [m«.Ä«.tSeh tA.i/] | | membuang najis di merata tempat. Misalnya dilakukan oleh orang tua yang telah uzur atau anak-anak kucing. | Orang tue tu dah mereceh taik, ari-ari kene beresehkan. | [o.ÄAN tu.w« tu dAh m«.Ä«.tSeh tA.i/ A.Äi.A.Äi k«.n« b«.Ä«.seh.kAn] | Orang tua itu dah mereceh taik, hari-hari perlu dibersihkan. |
mandi behias | [mAn.di b«.hi.jAs] | kata kerja | mandi dengan memakai pakaian putih menggunakan air yang telah dijampi sebelum bernikah, biasanya dilakukan pada waktu petang di pelantar rumah (berkenaan pengantin perempuan). | Bile mak andam nak datang mandi behias, anak kite dah tunggu ni. | [bi.l« mA/ An.dAm nA/ dA.tAN mAn.di b«.hi.jAs A.nA/ ki.t« dAh tuN.gu ni] | Bile mak andam nak datang mandi behias, anak kite dah tunggu ni. |
beciyau | [b«.tSi.jAw] | kata kerja | menggerakkan pengayuh ke kiri atau ke kanan untuk mengawal arah bot semasa memasang pukat di laut. Tugas tersebut dilakukan secara berdiri di bahagian hadapan bot. | Kalau tengah beciyau, jage-jage, tak ke laen pegi bot. | [kA.lAw t«.NAh b«.tSi.jAw dZA.g«.dZA.g« tA/ k« lA«n p«.gi bot] | Kalau sedang berciau harus berhati-hati, jika tidak, ke lain hala bot. |
ibu rezeki | [i.bu Ä«.z«.ki] | | beberapa bahan asas dalam makanan harian seperti beras, gula, kopi, dan garam yang ada di dalam bekas simpanan tidak dihabiskan semuanya. Apabila tinggal sedikit, ia ditambah dengan yang baharu. Begitulah seterusnya dilakukan dan menjadi amalan atas kepercayaan untuk menjadi ibu rezeki. | Beras dah tinggal segenggam dalam tempayan dare ni jangan abeskan, buat ibu rezeki. | [b«.ÄAs dAh tiN.gAl s«.g«N.gAm dA.lAm t«m.pA.jAn dA.Ä« ni dZA.NAn A.bes.kAn bu.wAt i.bu Ä«.z«.ki] | Beras yang sudah tinggal segenggam di dalam tempayan dara ini jangan dihabiskan untuk dibuat ibu rezeki. |