tebak | [t«.bA/] | kata nama | sejenis kuih yang diperbuat daripada tepung beras dan santan dan sedikit garam dan dikacau seperti dodol, dan dimakan bersama kuah gula. | | | |
pulot tetal | [pu.lot t«.tAl] | | sejenis kuih yang diperbuat daripada pulut yang telah dikukus bersama santan dan sedikit garam dan ditekan dalam loyang hingga mampat sebelum dipotong kecil untuk dimakan begitu sahaja atau bersama kuah gula. | | | |
madu angsa | [mA.du AN.sA] | | sejenis kuih yang diperbuat daripada pulut hitam, yang diperap dengan ragi dan dimakan bersama santan. | | | |
lepat sagu | [l«.pAt sA.gu] | | sejenis kuih yang diperbuat daripada tepung sagu dan gula merah atau gula melaka, dibungkus dengan daun rumbia dan dikukus. | | | |
jelurai | [dZ«.lu.ÄAj] | kata nama | sejenis kuih yang diperbuat daripada kacang hijau yang dikisar menjadi tepung lalu digoreng dalam minyak yang banyak. Kuih ini dimakan dengan kuah gula. | | | |
serunding kacang | [s«.Äun.diN kA.tSAN] | | sejenis lauk yang diperbuat daripada kacang soya (direbus dan digoreng) dan kelapa muda, serta (ikan kering, cili kering, gula Melaka, daun limau purut, cekur, serai, lengkuas, daun kunyit yang semuanya digoreng dahulu), kemudian digaul sebati dan ditumis. | | | |
bubur semaian | [bu.buÄ s«.mAj.jAn] | | sejenis kuih yang diperbuat daripada tepung beras dan santan yang dikacau sehingga pekat dan dicampurkan gula merah. | | | |
kuah lade | [ku.wAh lA.d«] | | sejenis lauk gulai pedas daging lembu atau ikan yang diperbuat daripada campuran cili kering, sedikit ketumbar biji, jintan manis, lada hitam, kerisik atau kelapa bakar yang kesemuanya dilumatkan dan ditumis. | | | |
perot kayu | [p«.Äot kA.ju] | | empulur. | Aku rase, gelegau ni perot kayu, tu yang cepat patah. | [A.ku ÄA.s« g«.l«.gAw ni p«.Äot kA.ju tu jAN tS«.pAt pA.tAh] | Aku agak, gelegar ini diperbuat daripada empulur, itu yang cepat patah. |
selasau | [s«.lA.sAw] | kata nama | tempat meletakkan hidangan di luar rumah yang diperbuat daripada buluh atau kayu khususnya sewaktu majlis perkahwinan dan lain-lain; penanggah. | Pasangle selasau nanti laok kena panas. | [pA.sAN.l« s«.lA.sAw nAn.ti lAo/ k«.nA pA.nAs] | Pasanglah selasar nanti lauk terkena panas. |