lesong tunggal | [l«.soN tuN.gAl] | | lesung besar yang dibuat daripada batang pokok seperti batang pokok cempedak. | Tumbok le pakai lesong tunggal tu. | [tum.bo/ l« pA.kAj l«.soN tuN.gAl tu] | Tumbuklah pakai lesung biasa itu. |
menugal | [m«.nu.gAl] | kata adjektif | keadaan layang-layang di udara yang tiba-tiba menjunam. | Layang-layang aku ni asek menugal aje, geram betol aku! | [lA.jAN.lA.jAN A.ku ni A.se/ m«.nu.gAl A.dZ« g«.ÄAm b«.tol A.ku] | Layang-layang aku ini asyik menjunam sahaja, geram betul aku! |
ibu rezeki | [i.bu Ä«.z«.ki] | | beberapa bahan asas dalam makanan harian seperti beras, gula, kopi, dan garam yang ada di dalam bekas simpanan tidak dihabiskan semuanya. Apabila tinggal sedikit, ia ditambah dengan yang baharu. Begitulah seterusnya dilakukan dan menjadi amalan atas kepercayaan untuk menjadi ibu rezeki. | Beras dah tinggal segenggam dalam tempayan dare ni jangan abeskan, buat ibu rezeki. | [b«.ÄAs dAh tiN.gAl s«.g«N.gAm dA.lAm t«m.pA.jAn dA.Ä« ni dZA.NAn A.bes.kAn bu.wAt i.bu Ä«.z«.ki] | Beras yang sudah tinggal segenggam di dalam tempayan dara ini jangan dihabiskan untuk dibuat ibu rezeki. |