Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ga.yung] | ݢايوڠ

Definisi : pencedok air drpd tempurung dsb yg bertangkai, sibur. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ga.yung] | ݢايوڠ

Definisi : 1. sl sj tongkat yg dipakai sbg senjata; 2. pukulan, tetakan, tikaman, dll (dgn senjata); main ~ bersilat (bertinju dll); 3. = ilmu ~ sj mantera utk menyakitkan (membunuh dll) orang dr jauh; ~ bersambut kata berjawab prb mengelakkan serangan musuh atau menjawab percakapan orang; ~ tua, ~ memutus prb cakap orang tua-tua biasanya benar; bergayung bersilat (bertikam dll); orang ~ sama pandai sama bak kundi atas dulang prb sama arif dan bijaksana; menggayung 1. menetak, menikam, menombak dll (dgn senjata); 2. mengucapkan mantera utk membunuh musuh dll. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ga.yung] | ݢايوڠ

Definisi : pencedok air yg dibuat drpd tempurung, plastik dll dan diberi bertangkai. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

[ga.yung] | ݢايوڠ

Definisi : 1 tongkat panjang yg digunakan sbg senjata. 2 perbuatan memarang dll; serangan yg dibuat dgn menggunakan pedang dll. 3 = ilmu ~ jampi yg dpt digunakan utk menyakiti, membunuh dll dr jauh. bergayung bermain silat atau pencak; bersilat. menggayung 1 mengayunkan pukulan dgn menggunakan pedang dll; memarang; memukul. 2 memainkan kaki dlm pencak silat. 3 membaca jampi utk menyakiti atau utk membunuh orang dll dr jauh. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata gayung

Puisi
 

Gayung gendang pecah balai,
     Kusembah mari raja Cendana;
Kamu dendam datang ke mari,
     Kami tak boleh datang ke sana.


Lihat selanjutnya...(3)
Peribahasa

Putus gayung di belebas,
     putus kata di pangkalnya (= di mulutnya).

Bermaksud :

Putusan yang berdasarkan kepada pokok pembicaraan. belebas = bilah daripada kayu dipakai sebagai perisai.

 

Lihat selanjutnya...(5)


Glosari Dielek Melaka

EntriFonetikKelas KataMaknaAyat DialekSebutan DialekMaksud Ayat
naek buai[nAe/ bu.wAj] suatu upacara yang dilakukan sebelum bayi menggunakan buaian buat kali yang pertama. Bidan akan memasukkan barang-barang seperti dua genggam beras diisi di dalam gayung, anak lesung batu dan kitab suci al-Quran lalu dibuai sebanyak tujuh kali sambil bidan membaca doa. Kemudian barang-barang dan al-Quran tersebut cepat-cepat dikeluarkan dan selepas itu baru bayi dimasukkan ke dalam buaian.Kau kena panggel bidan yang pandai naek buai dulu baru anak kau ni boleh naek buaian.[kAw k«.nA pAN.gel bi.dAn jAN pAn.dAj nAe/ bu.wAj du.lu bA.Äu A.nA/ kAw ni bo.leh nAe/ bu.wAj.jAn]Engkau kena panggil bidan yang pandai menjalankan upacara naik buaian dulu, baru anak engkau boleh menggunakan buaian.

Kembali ke atas