musem becukoh | [mu.sem b«.tSu.koh] | | musim daun getah gugur. | Mase ni getah musem becukoh, getah dalam mangkok, ade le secoet. | [mA.s« ni g«.tAh mu.sem b«.tSu.koh g«.tAh dA.lAm mAN.ko/ A.d« l« s«.tSoet] | Sekarang getah musin bercukoh, susu getah di dalam mangkok ada sedikit sahaja. |
getah angos | [g«.tAh A.Nos] | | kepingan getah yang lembik akibat terlebih air atau asid sehingga menyukarkan kerja-kerja memproses getah. | Alamak, salah bancoh, abes jadi getah angos! | [A.lA.mA/ sA.lAh bAn.tSoh A.bes dZA.di g«.tAh A.Nos] | Alamak, salah bancuh, habis jadi getah angos. |
gerit | [g«.Äit] | kata nama | getah berbentuk gelang yang digunakan untuk mengikat sesuatu. | Akak pakai gerit ikat rambot. | [A.kA/ pA.kAj g«.Äit i.kAt ÄAm.bot ] | Kakak ikat rambut dengan gelang getah. |
buke carang | [bu.k« tSA.ÄAN] | | membuat torehan pertama pada pokok getah baru. | Pokok getah kau ni dah cukop umo, bile nak buke carang. | [po.ko/ g«.tAh kAw ni dAh tSu.kop u.mo bi.l« nA/ bu.k« tSA.ÄAN] | Pokok getah kau ni dah cukup umur, bila nak buka carang. |
tepek | [te.pe/] | kata kerja | meleperkan sesuatu dengan tapak tangan. | Getah kau dah beku, dah boleh tepek ni. | [g«.tAh kAw dAh b«.ku dAh bo.leh te.pe/ ni] | Getah engkau sudah beku, sudah boleh ditekan dengan tapak tangan. |
potong pajak | [po.toN pA.dZA/] | | menoreh bahagian-bahagian atas pokok getah tua mengikut sesuka hati; sondak. | Tak lame lagi pokok getah nak kene tebang, baek aku potong pajak aje. | [tA/ lA.m« lA.gi po.ko/ g«.tAh nA/ k«.n« t«.bAN bAe/ A.ku po.toN pA.dZA/ A.dZ«] | Tidak lama lagi pokok getah hendak ditebang, baik aku potong pajaklah. |
sekerap batang | [s«.k«.ÄAp bA.tAN] | | skrap yang terdapat pada pangkal pokok-pokok getah dan bercampur dengan tanah. Ia terjadi apabila susu getah yang mengalir pada bekas torehan terlencung lalu meleleh turun hingga berkumpul di atas tanah lalu membeku; sekerap tanah. | Sekerap batang kalau tebal, senang kopek. | [s«.k«.ÄAp bA.tAN kA.lAw t«.bAl s«.nAN ko.pe/] | Skrap batang kalau tebal, senang dikopek. |
cendawan kawan | [tS«n.dA.wAn kA.wAn] | | sejenis cendawan berbentuk payung yang tumbuh di atas tanah di kebun getah atau kelapa sawit terutama selepas hujan. Ia boleh dimakan, sama ada dimasak rebus air, dibuat sambal tumis atau digoreng biasa, cendawan busut. | | | |
sekerap tanah | [s«.k«.ÄAp tA.nAh] | | sekerap yang terdapat pada pangkal pokok-pokok getah dan bercampur dengan tanah. Ia terjadi apabila susu getah yang mengalir pada bekas torehan terlencung lalu meleleh turun hingga berkumpul di atas tanah lalu membeku; sekerap batang. | Kalau rajen kopek sekerap tanah, boleh jual. | [kA.lAw ÄA.dZen ko.pe/ s«.k«.ÄAp tA.nAh bo.leh dZu.wAl] | Kalau rajin kupas skrap tanah, boleh dijual. |
cendawan tekuko | [tS«n.dA.wAn t«.ku.ko] | | cendawan berbentuk cuping-cuping halus hingga sebesar ibu jari tangan yang tumbuh pada batang pokok getah yang sedang mereput terutama selepas hujan. Cendawan ini boleh dimakan terutamanya di masak lemak putih bercampur pisang muda. | | | |