lepat sagu | [l«.pAt sA.gu] | | sejenis kuih yang diperbuat daripada tepung sagu dan gula merah atau gula melaka, dibungkus dengan daun rumbia dan dikukus. | | | |
kue genggang | [kue gEN.gAN] | | sejenis kuih daripada tepung beras, santan, gula dan sedikit garam yang diadun bersama, dan separuh daripada adunan itu dibubuh pewarna merah. Adunan tersebut dikukus dalam loyang selapis demi selapis, diselangselikan warnanya; kuih lapis. | | | |
telinge batak | [t«.li.N« bA.tA/] | | sejenis kuih daripada campuran tepung beras, gula Melaka dan santan yang dibentuk bulat leper, dilubangkan seperti cincin dan digoreng; denderam, telinga keling. | | | |
bubur semaian | [bu.buÄ s«.mAj.jAn] | | sejenis kuih yang diperbuat daripada tepung beras dan santan yang dikacau sehingga pekat dan dicampurkan gula merah. | | | |
tebak | [t«.bA/] | kata nama | sejenis kuih yang diperbuat daripada tepung beras dan santan dan sedikit garam dan dikacau seperti dodol, dan dimakan bersama kuah gula. | | | |
serunding kacang | [s«.Äun.diN kA.tSAN] | | sejenis lauk yang diperbuat daripada kacang soya (direbus dan digoreng) dan kelapa muda, serta (ikan kering, cili kering, gula Melaka, daun limau purut, cekur, serai, lengkuas, daun kunyit yang semuanya digoreng dahulu), kemudian digaul sebati dan ditumis. | | | |
jelurai | [dZ«.lu.ÄAj] | kata nama | sejenis kuih yang diperbuat daripada kacang hijau yang dikisar menjadi tepung lalu digoreng dalam minyak yang banyak. Kuih ini dimakan dengan kuah gula. | | | |
kue ku | [kue ku] | | sejenis kuih yang berbentuk bulat membujur seperti buah pinang yang luarnya dibuat daripada tepung pulut dan intinya daripada kacang hijau yang dimasak dengan kelapa parut dan gula. Kuih ku dikukus dan diwarnakan; kueh periye. | | | |
kue periye] | [kue p«.Äi.j«] | | sejenis kuih yang berbentuk bulat membujur seperti buah pinang yang luarnya dibuat daripada tepung pulut dan intinya daripada kacang hijau yang dimasak dengan kelapa parut dan gula. Kuih ku dikukus dan diwarnakan; kue ku. | | | |
bakau kering | [bA.kAw k«.ÄiN] | | sejenis kuih yang menggunakan bahan-bahan seperti jintan manis, kulit kayu manis, bunga lawang, bunga cengkih, buah pelaga digoreng kering, ditumbuk dan dimasukkan ke dalam adunan tepung, telur, gula dan santan lalu diencap. Kemudian dimasukkan dalam acuan dan dibakar; bakau berempas. | | | |