cendawan tekuko | [tS«n.dA.wAn t«.ku.ko] | | cendawan berbentuk cuping-cuping halus hingga sebesar ibu jari tangan yang tumbuh pada batang pokok getah yang sedang mereput terutama selepas hujan. Cendawan ini boleh dimakan terutamanya di masak lemak putih bercampur pisang muda. | | | |
langgai | [lAN.gAj] | kata nama | alat untuk menangkap udang yang terdiri daripada kerangka buluh dan jaring yang agak rapat matanya. Bahagian depan langgai berupa jaring yang terbuka lebar untuk menyodok permukaan lumpur manakala bahagian belakangnya berkarung atau berbentuk kerucut yang berinjap. | Gunekan langgai jareng alus kalau nak jerat geragau. | [gu.n«.kAn lAN.gAj dZA.ÄeN A.lus kA.lAw nA/ dZ«.ÄAt g«.ÄA.gAw] | : Gunakan langgai jaring halus kalau nak jerat geragau. |
langgai bubu | [lAN.gAj bu.bu] | | bahagian belakang langgai yang berjaring halus, berkerucut serta berinjap. Langgai diangkat separuh menegak ke arah badan sambil digoncang-goncangkan supaya anak udang terus masuk ke dalam kerucut. | Langgai bubu kau dah penoh, masokkan dalam bakol. | [lAN.gAj bu.bu kAw dAh p«.noh mA.so/.kAn dA.lAm bA.kol] | Langgai bubu kau dah penuh, masukkan dalam bakul. |
sangkak | [sAN.kA/] | kata nama | bahagian hujung galah yang dibelah-belah halus dan dibentuk seperti kerucut (kon) untuk memetik buah seperti buah manggis. | Kalau nak petik buah mangges baek gune galah sangkak. | [kA.lAw nA/ p«.ti/ bu.wAh mAN.ges bAe/ gu.n« gA.lAh sAN.kA/] | Kalau nak petik buah manggis baik guna galah sangkak |
tali angen | [tA.li A.Nen] | | benang halus yang diikat dalam rangka layang-layang untuk menegangkan kertas layang-layang. | Kau tak pasang tali angin, macam mana layang-layang kau nak senang naek. | [kAw tA/ pA.sAN tA.li A.Nen mA.tSAm mA.nA lA.jAN.lA.jAN kAw nA/ s«.nAN nAe/] | Engkau tidak pasang tali angin, macam mana layang-layang engkau hendak senang dinaikkan ke udara. |
melalang | [m«.lA.lAN] | kata adjektif | berkenaan mata yang terbeliak dan melilau-lilau yang dikaitkan dengan gangguan makhluk halus. Biasanya menimbulkan perasaan takut pada orang yang memandang. | Kene rasok agaknye, mate die melalang tengok orang kelileng. | [k«.n« ÄA.so/ A.gA/.ø« mA.t« di.j« m«.lA.lAN t«.No/ o.ÄAN k«.li.leN] | Mata dia terbeliak dan melilau-lilau tengok orang di sekeliling. |