buat hubong | [bu.wAt hu.boN] | | menyambung pada hujung helaian daun tikar yang sedang dianyam kerana telah pendek, dengan menggunakan helaian daun yang baharu supaya tikar itu boleh menjadi lebih panjang atau lebar. | Ni dah kontot sangat ni, baek kau buat hubong. | [ni dAh kon.tot sA.NAt ni bAe/ kAw bu.wAt hu.boN] | Ini sudah kontot sangat, baik kau sambungkannya dengan daun baharu. |
baulu pekak | [bA.hu.lu p«.kA/] | | kuih baulu, baulu cermai. | | | |
boko | [bo.ko] | kata kerja | makan; sepah, tedas. | Keje malas, boko aje tahunye! | [k«.dZ« mA.lAs bo.ko A.dZ« tA.hu.ø«] | Kerja malas, makan sahaja tahunya! |
perot muda | [p«.Äot mu.d«] | | bahagian perut dari aras pusat ke ari-ari. | Aku tak tahu ngape, perot mude aku ni rase senak. | [A.ku tA/ tA.hu NA.p« p«.Äot mu.d« A.ku ni ÄA.s« s«.nA/] | Aku tidak tahu mengapa perut muda aku ini terasa senak. |
sia | [si.jA] | kata nama | kayu kecil yang dipasang memanjang dari kemudi hingga ke luan di kiri kanan bahagian atas dinding perahu tetapi tidak melekat pada perahu (tidak seperti mempisang yang melekat pada perahu). Sia melindungi bahagian tersebut daripada menjadi haus akibat kerja di laut seperti menarik pukat. | Pasangkan sia tu kalau tak perahu rosak. | [pA.sAN.kAn si.jA tu kA.lAw tA/ p«.ÄA.hu Äo.sA/] | Pasangkan sia tu kalau tidak perahu rosak. |
mempisang | [m«m.pi.sAN] | kata nama | 1. kayu kecil yang dipasang memanjang dari kemudi hingga ke haluan di kiri kanan bahagian atas dinding perahu dan melekat pada perahu (tidak seperti sia yang tidak melekat pada perahu). Mempisang melindungi bahagian itu daripada menjadi haus akibat kerja di laut seperti menarik pukat. | Kau kene pasang mempisang, nanti sapan perahu kau. | [kAw k«.n« pA.sAN m«m.pi.sAN nAn.ti sA.pAn p«.Ä«.hu kAw] | Kau kena pasang mempisang, nanti rosak perahu kau. |