Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[i.kan] | ايکن

Definisi : sj binatang berdarah sejuk yg hidup di dlm air serta bernafas melalui insang dan mempunyai sirip utk berenang. ~ air tawar (darat) ikan yg hidup dlm air tawar (spt di sungai, di paya). ~ asin (masin, kering) ikan yg dibubuhi garam dan dikeringkan. ~ basah ikan yg tidak mengalami sebarang proses (spt tidak dikeringkan, tidak dijeruk); ikan yg baru ditangkap. ~ laut ikan yg hidup di laut. ~ pelaga ikan kecil utk diperlagakan. ~ salai ikan yg dikeringkan di atas api. perikanan urusan mengenai ikan: Jabatan ~. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
ikan (kata nama)

Puisi
 

Banyak ikan perkara ikan,
     Ikan bilis sedap sekali;
Banyak hitam perkara hitam,
     Hitam manis pemurah hati.


Lihat selanjutnya...(210)
Peribahasa

Sebab nila setitik,
     rosak susu (= santan) sebelanga.

Bermaksud :

Kerana kejahatan yang sedikit, semua kebaikan menjadi rosak. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Ikan seekor rosakkan ikan setajau, b. Ikan sekambu rosak oleh ikan seekor).

 

Lihat selanjutnya...(91)


Glosari Dielek Melaka

EntriFonetikKelas KataMaknaAyat DialekSebutan DialekMaksud Ayat
layang-layang ikan[lA.jAN.lA.jAN i.kAn] layang-layang Melayu yang mempunyai ekor.Wah, kau dah buboh eko layang-layang kau ni, ni layang-layang ikan ni!.[wAh kAw dAh bu.boh e.ko lA.jAN.lA.jAN kAw ni ni lA.jAN.lA.jAN i.kAn]Wah, engkau dah bubuh ekor pada layang-layang engkau ini, ini layang-layang ikan!
tambun[tAm.bon]kata namakolam kecil yang dibina di dalam petak sawah untuk memerangkap ikan. Biasanya berukuran lebih kurang sepuluh kaki panjang dan sepuluh kaki lebar. Lumpur digunakan untuk membina dinding tambun. Dinding tambun yang bersempadan dengan petak-petak sawah dibuat lubang bagi membolehkan ikan dari petak-petak tersebut masuk ke dalam tambun.Taon ni aku due tige tambon kat sawah. Puas le makan ikan.[tAon ni A.ku du.w« ti.g« tAm.bon kAt sA.wAh pu.wAs l« mA.kAn i.kAn]Tahun ini aku buat dua tiga kolam ikan di sawah. Puaslah makan ikan.
kerongkong[k«.ÄoN.koN]kata namabahagian pada pukat yang berfungsi sebagai penahan supaya ikan tidak dapat keluar.Ikat kerongkong terek-terek, nanti ikan telepas.[i.kAt k«.ÄoN.koN t«.Äe/.t«.Äe/ nAn.ti i.kAn t«.l«.pAs]Ikat kerongkong terik-terik, nanti ikan terlepas.
belodok[b«.lo.do/]kata namasejenis ikan yang habitatnya di paya bakau yang berlumpur. Boleh bergerak di atas lumpur dengan menggunakan sirip di kiri dan kanan badan, ikan belacak.   
ambai surot[Am.bAj su.Äot] ambai yang menghala arus air surut, iaitu ke hala timur.Cepat naekkan ambai nanti ikan telepas.[tS«.pAt nAe/.kAn Am.bAj su.Äot nAn.ti i.kAn t«.l«.pAs]Cepat naikkan ambai nanti ikan terlepas
tutup tebing[tu.top t«.biN][tu.top t«.biN]menampal lubang laluan air pada dinding tambun dengan lumpur sawah atau rumpun padi bagi menimba ikan.Kau kene le tolong bapak tutop tebing dulu, baru boleh nimbe ikan.[kAw k«.n« l« to.loN bA.pA/ tu.top t«.biN du.lu bA.Äu bo.leh nim.b« i.kAn]Engkau kenalah tolong bapak tutup lubang laluan air dahulu, barulah boleh menimba ikan.
tegap[t«.gAp] sejenis ikan parang yang bersaiz sedang; Chirocentrus dorab.   
pacal[pA.tSAl]kata namaikan parang yang bersaiz besar, Chirocentrus dorab.   
cabok[tSA.bo/]kata namaikan parang yang bersaiz kecil, Chirocentrus dorab.   
jumpol[dZum.pol]kata namasejenis ikan belanak yang bersaiz besar dan beratnya boleh melebihi sekilo, Mugil planiceps.   
123

Kembali ke atas