Display virtual keyboard interface
 

Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata isinya

Puisi
 

Apa dijolok buah kundang,
     Isinya putih manisnya tidak;
Apa dirajuk kepada orang,
     Entah kasih entahkan tidak.


Lihat selanjutnya...(5)
Peribahasa

Lautan yang dalam sudah diselam rata,
     buyung di dapur tak tahu apa isinya.

Bermaksud :

Negeri yang jauh sudah dilawati dan diambil tahu, tetapi hal rumah tangga sendiri tiada diperiksa bagaimana keadaannya. (Bandingkan dengan: a. Kuman di seberang lautan tampak, gajah di pelupuk mata tiada tampak, b. Langit dapat dilukis, sudut kambut diserayakan, c. Seekor kuman di negeri China dapat dilihat, tetapi gajah bertenggek di batang hidung tiada sedar).

 

Lihat selanjutnya...(3)


Glosari Dielek Melaka

EntriFonetikKelas KataMaknaAyat DialekSebutan DialekMaksud Ayat
keledek jepon[k«.le.de/ dZ«.pon] sejenis keledek yang isinya berwarna biru, yang boleh digunakan dalam perubatan tradisional.   
kelape wangi[k«.lA.p« wA.Ni] sejenis pokok kelapa yang rendah berbuah kecil, air dan isinya berbau wangi.   
kelape pandan[k«.lA.p« pAn.dAn] sejenis pokok kelapa yang rendah berbuah kecil, air dan isinya berbau seperti bau pandan.   
durian daon[du.Äi.jAn dAon] sejenis buah durian yang bersaiz kecil, berduri panjang, berbiji besar, isinya nipis dan rasanya maung.   
keladi cudang[k«.lA.di tSu.dAN] sejenis pokok keladi yang bahagian tepi pelepahnya berwarna merah dan isinya berwarna putih. Keladi ini boleh direbus, dibuat sayur atau digoreng. Pelepahnya juga boleh dibuat sayur.   
keladi Serawak[k«.lA.di s«.ÄA.wA/] sejenis pokok keladi yang pelepahnya berwarna hijau. Saiz keladi ini kira-kira sebesar telur ayam dan berbentuk bujur. Keladi ini bergugus dan isinya berwarna putih seperti nasi dan hanya boleh direbus; keladi telor.   
durian temilok[du.Äi.jAn t«.mi.lo/] buah durian yang buruk, gugur pada awal musim, dan hanya seulas dua isinya yang boleh dimakan.Ala, durian temilok, nak kasi takot arap ati.[A.lA du.Äi.jAn t«.mi.lo/ nA/ kA.si tA.kot A.ÄAp A.ti]Ala, durian yang buruk pada awal musim gugur. Hendak diberi takut kecewa.

Kembali ke atas