Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata itu

Puisi
 

Api siapa di teluk itu,
     Tempat budak membakar kurau;
Anak siapa secantik itu,
     Bolehkah kami menumpang gurau.


Lihat selanjutnya...(50)
Peribahasa

Yang ombak itu ombak juga,
     yang air itu air juga.

Bermaksud :

Orang kaya itu kaya juga dengan kikir dan tamaknya; orang miskin itu miskin juga dengan melarat dan sebagainya.

 

Lihat selanjutnya...(267)

336

Love is blind

Cinta yang lebih menurut hawa nafsu berbanding kewarasan akal budi sehinggakan seseorang itu tidak nampak akan, atau tidak mahu mengakui, keburukan orang yang dikasihi.

Cinta itu buta

She did again. She fell head over heels in love with another woman's husband. We didn't know what he saw in that man. She knew that the man was jobless and gambling seemed to be his passion. When her parents tried to stopher from seeing his useless man

Dia buat hal lagi. Kali ini dia bercinta pula dengan suami orang. Tidak tahulah apa yang menarik sangat tentang lelaki itu dari pandangan matanya. Dia menyedari bahawa kekasihnya itu penganggur dan kaki judi. Apabila orang tuanya cuba menghalang perhubungannya dengan lelaki yang tidak berguna itu, dia mengugut untuk membunuh diri. Betullah kata orang, cinta itu buta.

Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu


Lihat selanjutnya...(367)

Glosari Dielek Melaka

EntriFonetikKelas KataMaknaAyat DialekSebutan DialekMaksud Ayat
labas[lA.bAs]kata adjektifberkenaan ruang biasanya rumah yang terbuka luas disebabkan penghalangnya yang telah tercabut atau hilang.Bila dindeng tu dah tak ade, labas bilek tu.[bi.l« din.deN tu dAh tA/ A.d« lA.bAs bi.le/ tu]Apabila dinding itu sudah tiada, bilik itu kelihatan luas.
encap[«n.tSAp]kata kerjamenggerakkan sesuatu (turun naik) dalam air.Ae dalam besen tu bereseh, encap aje daon kucai tu.[Ae dA.lAm be.sen tu b«.Ä«.seh «n.tSAp A.dZ« dAon ku.tSAj tu]Air di dalam besen itu bersih, encap sahaja daun kucai itu.
gorah[go.ÄAh]kata namaenapan di dalam air.Ae perigi tu penoh gorah.[Ae p«.Äi.gi tu p«.noh go.ÄAh]Air perigi itu mengandungi enapan.
kue genggang[kue gEN.gAN] sejenis kuih daripada tepung beras, santan, gula dan sedikit garam yang diadun bersama, dan separuh daripada adunan itu dibubuh pewarna merah. Adunan tersebut dikukus dalam loyang selapis demi selapis, diselangselikan warnanya; kuih lapis.   
gelotok[g«.lo.to/]kata kerjamembelah buah kelapa yang sudah dibuang sabutnya dengan menggunakan belakang parang atau lain-lain.Tolong le gelotok kelape tu.[to.loN l« g«.lo.to/ k«.lA.p« tu]Tolonglah belah kelapa itu.
berongkoi[b«.ÄoN.koj]kata adjektifbergugus-gugus.Pokok jambu tu, berongkoi buahnye.[po.ko/ dZAm.bu tu b«.ÄoN.koj bu.wAh.ø«]Pokok jambu itu buahnya bergugus-gugus.
komkam[kom.kAm]kata adjektifberkenaan orang yang gila-gila sama ada dalam percakapan atau perbuatan.Die tu komkam, malas aku nak layan.[di.j« tu kom.kAm mA.lAs A.ku nA/ lA.jAn]Dia itu komkom, malas aku nak layan.
lesong tunggal[l«.soN tuN.gAl] lesung besar yang dibuat daripada batang pokok seperti batang pokok cempedak.Tumbok le pakai lesong tunggal tu.[tum.bo/ l« pA.kAj l«.soN tuN.gAl tu]Tumbuklah pakai lesung biasa itu.
kene sepok lang[k«.n« s«.po/ lAN] berkenaan ayam yang berbunyi bising kerana gangguan sesuatu (misalnya burung helang).Ayam tu kena sepok lang agaknye.[A.jAm tu k«.n« s«.po/ lAN A.gA/.ø«]Ayam itu bising kerana gangguan burung helang agaknya.
takal[tA.kAl]kata kerjaketuk.Jangan kau takal dindeng tu, nanti pecah.[dZA.NAn kAw tA.kAl din.deN nAn.ti p«.tSAh]Jangan kau ketuk dinding itu, nanti pecah.
1234567

Kembali ke atas