cendawan tekuko | [tS«n.dA.wAn t«.ku.ko] | | cendawan berbentuk cuping-cuping halus hingga sebesar ibu jari tangan yang tumbuh pada batang pokok getah yang sedang mereput terutama selepas hujan. Cendawan ini boleh dimakan terutamanya di masak lemak putih bercampur pisang muda. | | | |
kelatu | [k«.lA.tu] | kata kerja | ketuk dengan menggunakan buku jari, biasanya di kepala, luku. | Kau jangan ngade-ngade, aku kelatu kang. | [kAw dZA.NAn NA.d«.NA.d« A.ku k«.lA.tu kAN] | Kau jangan mengada-ngada, aku kelut nanti. |
kayu ibu | [kA.ju i.bu] | | kayu sebesar ibu jari kaki dan berukuran kira-kira sekaki yang digunakan dalam permainan konda kondi. | Ape le kayu ibu kau ni bengkok. Macam mane nak pukol? | [A.p« l« kA.ju i.bu kAw ni bEN.ko/ mA.tSAm mA.n« nA/ pu.kol] | Apalah kayu ibu engkau ini bengkok. Bagaimana hendak pukul? |
kayu anak | [kA.ju A.nA/] | | kayu sebesar jari telunjuk dan berukuran kira-kira enam inci yang digunakan dalam permainan konda kondi. | Eh! Kayu anak ni kontot sangat. Carik le yang panjang siket. | [eh kA.ju A.nA/ ni kon.tot sA.NAt tSA.Äi/ l« jAN pAn.dZAN si.ket] | Eh! Kayu anak ini pendek sangat. Carilah yang panjang sedikit. |
punat kelape | [pu.nAt k«.lA.p«] | | tombong kelapa yang sebesar jari kelinking. | Budak-budak ni punat kelape pon nak berebut sampai gaduh-gaduh. | [bu.dA/.bu.dA/ ni pu.nAt k«.lA.p« pon nA/ b«.Ä«.but sAm.pAj gA.duh.gA.duh] | Budak-budak ini punat kepala pun hendak berebut hingga bergaduh. |
letop-letop | [l«.top.l«.top] | kata nama | sejenis alat permainan tradisi kanak-kanak yang dibuat daripada buluh kecil kira-kira sebesar jari telunjuk dan panjangnya kira-kira sekaki. Dengan menggunakan kayu letup sebiji buah cenderai dimasukkan dan ditolak ke hujung buluh itu, manakala sebiji buah cenderai muda lagi dimasuk dan diletakkan pada pangkal buluh. Buah cenderai yang ada dipangkal akan ditolak dengan kuat dan menghasilkan letupan. | Nak maen letop-letop pegi jauh-jauh. Takot tekene adek. | [nAk mAen l«.top.l«.top p«.gi dZAuh.dZAuh tA.kot t«.k«.n« A.de/] | Hendak main letup-letup pergi jauh-jauh. Takut terkena adik. |