Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata jaw


Glosari Dielek Melaka

EntriFonetikKelas KataMaknaAyat DialekSebutan DialekMaksud Ayat
tekayau-kayau[t«.kA.jAw.kA.jAw]kata kerjamencari-cari sesuatu benda secara bersendirian dalam waktu yang lama.Puas aku tekayau-kayau, takde sape nolong.[pu.wAs A.ku t«.kA.jAw.kA.jAw tA/.d« sA.p« no.loN]Puas aku mencari sesuatu benda, tiada sesiapa menolong.
kayu ciyau[kA.ju tSi.jAw] pengayuh besar dan panjang yang dipasang pada hadapan bot untuk mengawal arahnya semasa merentangkan pukat di laut.Kayu ciyau yang kau gune biau kuat.[kA.ju tSi.jAw jAN kAw gu.n« bi,jAw ku.wAt]Kayu ciyaw yang kau guna biar kuat.
ayau[A.jAw]kata namakemahuan orang lain yang boleh membawa kesan negatif.Kau ikotkan le ayau die, nanti kau pon kene.[kAw i.kot.kAn l« A.jAw di.j« nAn.ti kAw pon k«.n«]Engkau ikutkanlah kemahuan dia, nanti engkau pun kena.
bekemayau[b«.k«.mA.jAw]kata adjektifberpinar-pinar.Bekemayau pulak mate aku ni tengok lampu di Kuale Lumpo.[b«.k«.mA.jAw pu.lA/ mA.t« A.ku ni te.No/ lAm.pu di ku.A.l« lum.po]Berpinar-pinar pulak mata aku ini tengok lampu di Kuala Lumpur.
beciyau[b«.tSi.jAw]kata kerjamenggerakkan pengayuh ke kiri atau ke kanan untuk mengawal arah bot semasa memasang pukat di laut. Tugas tersebut dilakukan secara berdiri di bahagian hadapan bot.Kalau tengah beciyau, jage-jage, tak ke laen pegi bot.[kA.lAw t«.NAh b«.tSi.jAw dZA.g«.dZA.g« tA/ k« lA«n p«.gi bot]Kalau sedang berciau harus berhati-hati, jika tidak, ke lain hala bot.
   2. menakik-nakik sesuatu yang keras seperti tanah pada pangkal pokok atau kayu.Cobe kau recak pangkal pokok pisang ni, biau subo.[tSo.b« kAw Ä«.tSA/ pAN.kAl po.ko/ pi.sAN ni bi.jAw su.bo]Cuba engkau recak pangkal pokok pisang ni, biar subur.
pencok[p«n.tSo/]kata kerjamemangkas pada bahagian atas atau hujung pokok.Kau pencok pokok tu, biau tak tinggi sangat.[kAw p«n.tSo/ po.ko/ tu bi.jAw tA/ tiN.gi sA.NAt]Engkau pangkas pokok itu, biar tidak tinggi.
tebau mengiring[t«.bAw m«.Ni.ÄiN] satu cara menebar gasing dengan tujuan untuk melajukan pusingan gasing.Aku buat tebau mengiring aje ni, biau puseng laju![A.ku bu.wAt t«.bAw m«.Ni.ÄiN A.dZ« ni bi.jAw pu.seN lA.dZu]Aku buat tebar mengiring sahaja, biar pusingan gasing laju!
bunga kelawau[bu.NA k«.lA.wAw] lubang-lubang udara yang berukiran tertentu yang dibuat pada tebar layar, bahagian atas pintu atau tingkap, dan sebagainya. Lubang ini berfungsi untuk tujuan pencahayaan kerana cahaya matahari boleh menembusinya dan juga bagi tujuan pengudaraan.Wah, cantek betol bunga kelawau kat timba layau kau ni![wAh tSAn.te/ b«.tol bu.NA k«.lA.wAw kAt tim.bA lA.jAw kAw ni]Wah, cantik betul ukiran bunga kelawar pada tebar layar engkau ini!

Kembali ke atas