Definisi : jarak antara hujung ibu jari dgn hujung jari yg lain: ~ kelengkeng; ~ manis; ~ hantu; ~ telunjuk; cakapan se~ dibawa sehasta prb perkara yg kecil diperbesar-besarkan; yg se~ tiada dapat jadi sehasta prb kalau nasib sudah tidak baik, betapa pun diusahakan tentu tidak akan berjaya; menjengkal mengukur dgn jengkal; ~ dada mengecilkan keberanian (kebolehan dll) orang lain; ~ muka menghina (menjatuhkan martabat dll) orang. (Kamus Dewan Edisi Keempat)