Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[je.rat] | جرت

Definisi : 1. tali pencerut (tali yg disimpulkan) utk menangkap binatang dll; jenis-jenisnya: ~ bidas, ~ bingkas, ~ embat, ~ tanjul; me­nahan ~ memasang jerat; 2. ki tipu muslihat utk menyusahkan (merugikan dll) orang; ~ halus kelindan sutera prb tipu muslihat yg sangat halus; ~ semata bonda kandung prb anak tunggal yg sangat dimanjakan; ~ serupa jerami prb tipu muslihat yg tersembunyi dlm kesukaan; bagai menjenguk ~ sial prb benci akan sesuatu pekerjaan tetapi terpaksa me­lakukannya juga; menahan ~ di tempat genting prb mencari keuntungan drpd ke­susahan (penderitaan) orang lain; ter­pasang ~ halus prb dikenakan tipu muslihat; tahan ~ sorong kepala prb hendak men­celakakan orang lain, tetapi diri sendiri yg mendapat celaka; sejerat Mn seikat, seberkas; menjerat 1. memasang jerat, menangkap dgn jerat: ~ burung (kijang dll); 2. ki me­lakukan tipu muslihat, menyusahkan (men­celakakan) orang dgn tipu muslihat: hati-hati engkau, jangan dijerat oleh perempuan jalang itu; terjerat 1. tertangkap dgn jerat; 2. ki tertipu, terpedaya; penjerat 1. orang yg menjerat; 2. alat utk menjerat. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[je.rat] | جرت

Definisi : ark ® jirat I. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[je.rat] | جرت

Definisi : 1 tali yg hujungnya disimpulkan sehingga merupakan bulatan yg dpt dibesarkan dan dikecilkan atau dpt mencerut (utk menangkap burung dll): menahan ~ memasang jerat. 2 ki tipu muslihat utk menyusahkan atau utk merugikan orang lain. menjerat 1 menangkap dgn jerat; memasang jerat: Ia hendak ~ babi yg selalu merosakkan tanamannya. 2 ki melakukan tipu muslihat; mencelakakan orang dgn tipu muslihat. terjerat 1 tertangkap dgn jerat (bkn binatang). 2 ki tertipu akibat tipu muslihat orang lain; terperangkap: Dia telah ~ dan terpaksa menurut segala kemahuan penjahat itu. penjerat 1 orang yg menjerat. 2 alat utk menjerat. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
jerat
Rujuk :perangkap

Puisi
 

Angin ribut barat selatan,
     Sayang senduduk kayu kempas;
Pasang jerat keliling hutan,
     Sekali lompat habis lepas,
jerat/hutan


Lihat selanjutnya...(10)
Peribahasa

Jerat serupa jerami.

Bermaksud :

Tipu daya yang tersembunyi di dalam kesukaan.

 

Lihat selanjutnya...(17)


Glosari Dielek Melaka

EntriFonetikKelas KataMaknaAyat DialekSebutan DialekMaksud Ayat
langgai[lAN.gAj]kata namaalat untuk menangkap udang yang terdiri daripada kerangka buluh dan jaring yang agak rapat matanya. Bahagian depan langgai berupa jaring yang terbuka lebar untuk menyodok permukaan lumpur manakala bahagian belakangnya berkarung atau berbentuk kerucut yang berinjap.Gunekan langgai jareng alus kalau nak jerat geragau.[gu.n«.kAn lAN.gAj dZA.ÄeN A.lus kA.lAw nA/ dZ«.ÄAt g«.ÄA.gAw]: Gunakan langgai jaring halus kalau nak jerat geragau.

Kembali ke atas