tekayau-kayau | [t«.kA.jAw.kA.jAw] | kata kerja | mencari-cari sesuatu benda secara bersendirian dalam waktu yang lama. | Puas aku tekayau-kayau, takde sape nolong. | [pu.wAs A.ku t«.kA.jAw.kA.jAw tA/.d« sA.p« no.loN] | Puas aku mencari sesuatu benda, tiada sesiapa menolong. |
sangkak-sangkak | [sAN.kA/.sAN.kA/] | kata adjektif | berkenaan sesuatu yang tersekat-sekat. | Minyak kete kau ni nak abes ke, sangkak-sangkak aje. | [mi.øA/ ke.t« kAw ni nA/ A.bes k« sAN.kA/.sAN.kA/ A.dZ«] | Minyak kereta kau ni nak habis ke, tersekat-sekat saja. |
takak | [tA.kA/] | kata nama | bahagian tali atas yang menjulur lebih panjang daripada jaring. Takak boleh disimpulkan pada takak jaring lain untuk membentuk jaring yang panjang atau diikat pada tali pelampung. | Kalau nak panjangkan jareng sambong aje takak. | [kA.lAw nAk pAn.dZAN.kAn dZA.ÄeN sAm.boN A.dZ« tA.kA/] | Kalau nak panjangkan jaring sambung saja takak. |
kayu pak | [kA.ju pA/] | | kayu bersaiz setengah inci atau seinci yang dipasang sebagai penahan cermin pada ambang tingkap atau ambang pintu. | Kayu ni lebau sangat tak boleh buat kayu pak. | [kA.ju ni lE.bAw sA.NAt tA/ bo.leh bu.wAt kA.ju pA/] | Kayu ini lebar sangat, tidak boleh dibuat kayu pak. |
sangkak | [sAN.kA/] | kata nama | bahagian hujung galah yang dibelah-belah halus dan dibentuk seperti kerucut (kon) untuk memetik buah seperti buah manggis. | Kalau nak petik buah mangges baek gune galah sangkak. | [kA.lAw nA/ p«.ti/ bu.wAh mAN.ges bAe/ gu.n« gA.lAh sAN.kA/] | Kalau nak petik buah manggis baik guna galah sangkak |
tali kaki | [tA.li kA.ki] | | dua utas tali yang diikat bersama dan ditarik untuk merentangkan jaring. Seutas disisipkan pada tepi atas mata jaring manakala seutas lagi dipasangkan pada lubang pelampung; tali ares. | Kau pasang tali kaki kene kuat-kuat, kalau tak, putos. | [kAw pA.sAN tA.li kA.ki k«.n« ku.wAt.ku.wAt kA.lAw tA/ pu.tos] | Kau pasang tali kaki kena kuat-kuat, kalau tak, putus. |
pasak bumi | [pA.sA/ bu.mi] | | berkenaan pesilat berdiri dalam keadaan lutut dibengkokkan bagi tujuan menguatkan kedudukan. | Kalau nak kalahkan aku, pasak bumi kau mesti le bagus. | [kA.lAw nA/ kA.lAh.kAn A.ku pA.sA/ bu.mi kAw m«s.ti l« bA.gus] | Kalau hendak mengalahkan aku, pasak bumi engkau mestilah bagus. |
kala-bata | [kA.lA.bA.tA] | kata nama | persengketaan yang berlarutan antara ahli keluarga. | Dulu kawen suke same suke. Ni dah kala-bata, mak tak mau campo. | [du.lu kA.wen su.k« sA.m« su.k« ni dAh kA.lA.bA.tA mA/ tA/ mAu tSAm.po] | Dulu kahwin suka sama suka, sekarang sudah bersengketa, emak tidak mahu masuk campur. |
kayu ciyau | [kA.ju tSi.jAw] | | pengayuh besar dan panjang yang dipasang pada hadapan bot untuk mengawal arahnya semasa merentangkan pukat di laut. | Kayu ciyau yang kau gune biau kuat. | [kA.ju tSi.jAw jAN kAw gu.n« bi,jAw ku.wAt] | Kayu ciyaw yang kau guna biar kuat. |
kayu anak | [kA.ju A.nA/] | | kayu sebesar jari telunjuk dan berukuran kira-kira enam inci yang digunakan dalam permainan konda kondi. | Eh! Kayu anak ni kontot sangat. Carik le yang panjang siket. | [eh kA.ju A.nA/ ni kon.tot sA.NAt tSA.Äi/ l« jAN pAn.dZAN si.ket] | Eh! Kayu anak ini pendek sangat. Carilah yang panjang sedikit. |