Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ka.bus] | کابوس

Definisi : 1. wap air yg kelihatan spt asap yg ber­ada dekat muka bumi (biasanya pd waktu pagi): ~ di puncak bukit kian menipis; 2. tidak nyata kelihatan, tidak terang (seolah-olah ditutupi kabus) kabur, kelam: gambar yg ~; hilang ~ teduh hujan prb mendapat kesenangan setelah menderita; berkabus dilindungi atau dilitupi kabus; mengabusi membuat supaya berkabus. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ka.bus] | کابوس

Definisi : 1 wap air spt asap yg berada dekat muka bumi (spt yg kelihatan pd waktu pagi). 2 cecair halus-halus yg terjadi drpd semburan, pancutan dll: Kita hendaklah memakai topeng pelindung semasa menyembur utk mengelakkan diri drpd tersedut ~ semburan. 3 tidak terang; tidak jelas; kabur. berkabus dilindungi atau dilitupi kabus: cermin kereta yg ~. mengabusi membuat supaya dilindungi atau diliputi kabus; membuat supaya berkabus: Keratan pokok puding dpt mengeluarkan akar jika selalu dikabusi air. pengabus alat utk menghasilkan kabus atau utk menyebabkan terjadi kabus: Keratan itu disemai dan ditanam dlm pasir serta dilembapkan dgn ~. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata kabus

Puisi
 

Seri Andalas sekota embun,
     Dari Gersik ke Surabaya;
Kasih ibarat setitik embun,
     Hilang kabus nampak dia.


Lihat selanjutnya...(5)
Peribahasa

Kilat di dalam kilau,
     kabus di dalam hujan.

Bermaksud :

Dalam tutur kata atau tingkah laku tercantum maksud yang lain.

 

Lihat selanjutnya...(3)


Glosari Dielek Melaka

EntriFonetikKelas KataMaknaAyat DialekSebutan DialekMaksud Ayat
belebu[b«.l«.bu]kata adjektifberkenaan mata yang mempunyai pandangan yang tidak terang seolah-olah seperti melihat di dalam kabus.Ingat sape datang tadi, nampak macam anak aku. Rupenya engkau, tu le, mate dah belebu.[i.NAt sA.p« dA.tAN tA.di nAm.pA/ mA.tSAm A.nA/ A.ku Äu.p«.ø« «N.kAw tu l«. mA.t« dAh b«.l«.bu.]Ingatkan siapa datang tadi, nampak macam anak aku. Rupanya engkau, itulah, mata sudah belebu.

Kembali ke atas