Glosari Dielek Melaka

EntriFonetikKelas KataMaknaAyat DialekSebutan DialekMaksud Ayat
mencelah[m«n.tS«.lAh]kata adjektifperingkat buah padi atau buah-buahan seperti duku, langsat, rambutan, pisang, betik dan lain-lain yang masak sebiji dua tapi belum menyeluruh.Duku aku ada yang dah mencelah, tak lame lagi melarat le tu.[du.ku A.ku A.dA jAN dAh m«n.tS«.lAh tA/ lA.m« lA.gi m«.lA.ÄAt l« tu]Duku aku ada yang sudah mencelah, tidak lama lagi masaklah semuanya.
belaklah[b«.lA/.lAh]kata tugaskata seru bagi menunjukkan perasaan hairan.Belaklah, macam ni punye banyak![b«.lA/.lAh mA.tSAm ni pu.ø« bA.øA/]Belaklah, banyak sangat!
hanyot[hA.øot]kata adjektifberkenaan dengan layang-layang yang putus tali.Kau kalah, layang-layang kau dah hanyot.[kAw kA.lAh lA.jAN.lA.jAN kAw dAh hA.øot]Engkau kalah, layang-layang engkau sudah hanyut.
terak[t«.ÄA/]kata adjektifberkenaan isi mangkuk dan lain-lain yang penuh.Belaklah, terabes ke engkau nasik sepinggan terak ni?[b«.lA/.lAh t«.ÄA.bes k« «N.kAw nA.si/ s«.piN.gAn t«.ÄA/ ni]Belaklah, terhabiskah engkau nasi sepinggan penuh ni?
kenak[k«.nA/]kata adjektifberkenaan orang yang boleh atau mudah dibawa berunding atau baik hati.Setakat ni, die tu kenaklah, selalu nolong kite.[s«.tA.kAt ni di.j« k«.nA/.lAh s«.lA.lu no.loN ki.t«]Setakat ini, dia boleh dibawa berunding, selalu menolong kita.
sangkak[sAN.kA/]kata namabahagian hujung galah yang dibelah-belah halus dan dibentuk seperti kerucut (kon) untuk memetik buah seperti buah manggis.Kalau nak petik buah mangges baek gune galah sangkak.[kA.lAw nA/ p«.ti/ bu.wAh mAN.ges bAe/ gu.n« gA.lAh sAN.kA/]Kalau nak petik buah manggis baik guna galah sangkak
memuncat[m«.mun.tSAt]kata kerjaberlari dengan pantas.Memuncat kene kejau bapak die, ade buat salah le tu.[m«.mun.tSA k«.n« k«.dZAw bA.pA/ di.j« A.d« bu.wAt sA.lAh l« tu]Dia berlari pantas apabila dikejar oleh bapanya, mesti ada buat salahlah tu.
tojang[to.dZAN]kata kerjamengayuh basikal.Mase kecik-kecik dulu, ari-ari aku tojang basikal pegi sekolah.[mA.s« k«.tSi/.k«.tSi/ du.lu A.Äi.A.Äi A.ku to.dZAN bA.si.kAl p«.gi s«.ko.lAh]Hari-hari aku kayuh basikal pergi ke sekolah.

Kembali ke atas