Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata ke

Puisi
 

Nyiur manis condong ke Keling,
     Sudah ke Keling ke Jawa pula;
Hitam manis duduk mengoleng,
     Sudah mengoleng ketawa pula.


Lihat selanjutnya...(1000)
Peribahasa

Belut pulang ke lumpur.

Bermaksud :

Kembali ke asalnya. (Peribahasa lain yang sama makna: Misai pulang ke bibir). Bandingkan dengan: Belut jatuh ke lumpur).

 

Lihat selanjutnya...(314)


Glosari Dielek Melaka

EntriFonetikKelas KataMaknaAyat DialekSebutan DialekMaksud Ayat
nyelalak[ø«.lA.lA/]kata kerjaterbabas ke hadapan, ke kiri atau ke kanan, misalnya kenderaan.Jalan licen, kete nyelalak masok paret.[dZA.lAn li.tSen ke.t« ø«.lA.lA/ mA.so/ pA.Äet]Jalan licin, kereta terbabas lalu masuk ke dalam parit.
beciyau[b«.tSi.jAw]kata kerjamenggerakkan pengayuh ke kiri atau ke kanan untuk mengawal arah bot semasa memasang pukat di laut. Tugas tersebut dilakukan secara berdiri di bahagian hadapan bot.Kalau tengah beciyau, jage-jage, tak ke laen pegi bot.[kA.lAw t«.NAh b«.tSi.jAw dZA.g«.dZA.g« tA/ k« lA«n p«.gi bot]Kalau sedang berciau harus berhati-hati, jika tidak, ke lain hala bot.
sangkak-sangkak[sAN.kA/.sAN.kA/]kata adjektifberkenaan sesuatu yang tersekat-sekat.Minyak kete kau ni nak abes ke, sangkak-sangkak aje.[mi.øA/ ke.t« kAw ni nA/ A.bes k« sAN.kA/.sAN.kA/ A.dZ«]Minyak kereta kau ni nak habis ke, tersekat-sekat saja.
paku tandok ruse[pA.ku tAn.do/ Äu.s«] sejenis tumbuhan paku-pakis yang hidup menumpang di atas pokok lain. Daunnya lebar dan tumbuh ke atas, ia juga mempunyai daun yang panjang berbentuk seperti tanduk rusa dan berjuntaian ke bawah; sakatlain. Daunnya lebar dan tumbuh ke atas, ia juga mempunyai daun yangpanjang berbentuk seperti tanduk rusa dan berjuntaian ke bawah; sakatjurai
kebet[ke.bet]kata kerjabimbit.Kebet aje le, bukan berat sangat beg tu.[ke.bet A.dZ« l« bu.kAn b«.ÄAt sA.NAt beg tu]Bimbit sahajalah, bukan berat sangat beg itu.
guel[gu.wel]kata kerjamenggulingkan sesuatu benda dari atas ke bawah.Kau guelkan aje batang kayu tu ke bawah.[kAw gu.wel.kAn A.dZ« bA.tAN kA.ju tu k« bA.wAh]Engkau gulingkan sahaja batang kayu itu ke bawah.
kelek anak[kE.le/ A.nA/] bahagian rumah yang berbumbung di hujung pelantar di antara rumah ibu dengan rumah dapur, lazimnya diletakkan katil bujang.Kelek anak orang bujang kite tu gelap, pasang le lampu.[kE.le/ A.nA/ o.ÄAN bu.dZAN ki.t« tu g«.lAp pA.sAN l« lAm.pu]Kelek anak orang bujang kita tu gelap, pasanglah lampu.
angen gadai[A.Nen gA.dAj] angin yang bertiup kencang dan laut yang berombak besar, kadangkala disertai hujan selama 3-4 hari, menyebabkan nelayan tidak dapat turun ke laut. Nama angin ini mempunyai hubungan dengan keadaan kehidupan di masa dahulu apabila keluarga nelayan terpaksa bergadai barang kerana nelayan tidak dapat ke laut.Nampaknye kite tak boleh ke laot, angen gadai kencang.[nAm.pA/.ø« ki.t« tA/ bo.leh k« lAot A.Nen gA.dAj k«n.tSAN]Nampaknya kita tak boleh ke laut, angin gadai kencang.
sekeleng biawak[s«.ke.leN bi.jA.wA/] penyakit urat tersimpul, simpul biawak.Punye le saket, aku kene sekeleng biawak malam tadi.[pu.ø « l« sA.ket A.ku k«.n« s«.ke.leN bi.jA.wA/ mA.lAm tA.di]Punyalah sakit, akukena simpul biawak malam tadi.
keket[ke.ket]kata adjektifberkenaan pokok yang tidak subur atau orang dan haiwan yang kurus.Pokok-pokok kau ni tak penah buboh baje, mane tak keket.[po.ko/.po.ko/ kAw ni tA/ p«.nAh bu.boh bA.dZ« mA.n« tA/ ke.ket]Pokok-pokok engkau ini tidak pernah dibubuh baja, tentu tidak subur.
1234567

Kembali ke atas