paku tandok ruse | [pA.ku tAn.do/ Äu.s«] | | sejenis tumbuhan paku-pakis yang hidup menumpang di atas pokok lain. Daunnya lebar dan tumbuh ke atas, ia juga mempunyai daun yang panjang berbentuk seperti tanduk rusa dan berjuntaian ke bawah; sakat | lain. Daunnya lebar dan tumbuh ke atas, ia juga mempunyai daun yang | panjang berbentuk seperti tanduk rusa dan berjuntaian ke bawah; sakat | jurai |
misai besering | [mi.sAj b«.s«.ÄiN] | | berkenaan misai yang hujungnya melentik ke atas. | Misai besering, mane bebudak tak takot. | [mi.sAj b«.s«.ÄiN mA.n« b«.bu.dA/ tA/ tA.kot] | Misai besering, mana budak-budak tak takut. |
guel | [gu.wel] | kata kerja | menggulingkan sesuatu benda dari atas ke bawah. | Kau guelkan aje batang kayu tu ke bawah. | [kAw gu.wel.kAn A.dZ« bA.tAN kA.ju tu k« bA.wAh] | Engkau gulingkan sahaja batang kayu itu ke bawah. |
berinai curi | [b«.Äi.nAj tSu.Äi] | | pengantin lelaki yang lengkap berbaju Melayu datang ke rumah pengantin perempuan tanpa diberi tahu bersama pak andam atau pengapit sebelum bernikah dan biasanya selepas Asar. Pengantin akan diletakkan di pelantar rumah di atas sebuah kerusi untuk ditepung tawar. Selepas pengantin lelaki beredar barulah pengantin perempuan mengambil giliran. | Semalam aku pegi rumah penganten perempuan berinai curi. | [s«.mA.lAm A.ku p«.gi Äu.mAh p«.NAn.ten p«.Ä«m.pu.wAn b«.Äi.nAj tSu.Äi] | Semalam aku pergi ke rumah pengantin perempuan untuk berinai curi. |
sia | [si.jA] | kata nama | kayu kecil yang dipasang memanjang dari kemudi hingga ke luan di kiri kanan bahagian atas dinding perahu tetapi tidak melekat pada perahu (tidak seperti mempisang yang melekat pada perahu). Sia melindungi bahagian tersebut daripada menjadi haus akibat kerja di laut seperti menarik pukat. | Pasangkan sia tu kalau tak perahu rosak. | [pA.sAN.kAn si.jA tu kA.lAw tA/ p«.ÄA.hu Äo.sA/] | Pasangkan sia tu kalau tidak perahu rosak. |
mempisang | [m«m.pi.sAN] | kata nama | 1. kayu kecil yang dipasang memanjang dari kemudi hingga ke haluan di kiri kanan bahagian atas dinding perahu dan melekat pada perahu (tidak seperti sia yang tidak melekat pada perahu). Mempisang melindungi bahagian itu daripada menjadi haus akibat kerja di laut seperti menarik pukat. | Kau kene pasang mempisang, nanti sapan perahu kau. | [kAw k«.n« pA.sAN m«m.pi.sAN nAn.ti sA.pAn p«.Ä«.hu kAw] | Kau kena pasang mempisang, nanti rosak perahu kau. |
pisau sorong | [pi.sAw so.ÄoN] | | sejenis pisau menoreh pokok getah yang matanya di sebelah atas dan digunakan secara menolak dari pangkal ke hujung carang (bekas torehan). | Carang tengah paras pinggang sedap le pakai pisau sorong. | [tSA.ÄAN t«.NAh pA.ÄAs piN.gAN s«.dAp l« pA.kAj pi.sAw so.ÄoN] | Bekas torehan berada pada aras pinggang, sesuailah pakai pisau sorong |