Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
ikan (kata nama)

Puisi
 

Ikan kelah mudik ke hulu,
     Ikan keli naik ke darat;
Zaman setelah zaman dahulu,
     Orang berjanji jangan diharap.


Lihat selanjutnya...(32)
Peribahasa

Ke laut meracik ikan,
     tersenyum siput;
ke hutan memancing punai,
     tertawa badak.

Bermaksud :

Perbuatan yang dilakukan dengan tidak menurut aturan akan jadi tertawaan orang ramai. racik = jerat.

 

Lihat selanjutnya...(9)


Glosari Dielek Melaka

EntriFonetikKelas KataMaknaAyat DialekSebutan DialekMaksud Ayat
tambun[tAm.bon]kata namakolam kecil yang dibina di dalam petak sawah untuk memerangkap ikan. Biasanya berukuran lebih kurang sepuluh kaki panjang dan sepuluh kaki lebar. Lumpur digunakan untuk membina dinding tambun. Dinding tambun yang bersempadan dengan petak-petak sawah dibuat lubang bagi membolehkan ikan dari petak-petak tersebut masuk ke dalam tambun.Taon ni aku due tige tambon kat sawah. Puas le makan ikan.[tAon ni A.ku du.w« ti.g« tAm.bon kAt sA.wAh pu.wAs l« mA.kAn i.kAn]Tahun ini aku buat dua tiga kolam ikan di sawah. Puaslah makan ikan.
ambai surot[Am.bAj su.Äot] ambai yang menghala arus air surut, iaitu ke hala timur.Cepat naekkan ambai nanti ikan telepas.[tS«.pAt nAe/.kAn Am.bAj su.Äot nAn.ti i.kAn t«.l«.pAs]Cepat naikkan ambai nanti ikan terlepas
cendakau[tS«n.dA.kAw]kata namaalat pada tali kail yang boleh berpusing-pusing apabila ikan memakan umpan supaya kail tidak rosak.Cendakau dah rosak ke, tak puseng-puseng pon![tS«n.dA.kAw dAh Äo.sA/ k« tAk pu.seN pu.seN pon]Cendakau dah rosak agaknya, tak berpusing lagi.
jajau[dZA.dZAw]kata namaderetan kayu (biasanya kayu gelam, nibung atau bakau) yang dipasakkan rapat-rapat ke dasar laut membentuk huruf V untuk menyekat ikan yang lalu supaya masuk ke dalam jaring berkerucut.Sebelom kau buat jajau buat le ibu ambai dulu.[s«.b«.lom kAw bu.wAt dZA.dZAw bu.wAt l« i.bu Am.bAj du.lu]Sebelum kau buat jajau buatlah ibu ambai dulu
ibu ambai[i.bu Am.bAj] pondok nelayan berpelantar yang tiangnya dipasakkan ke dasar laut digunakan untuk menarik jaring yang berisi ikan.Bile nak siapkan ibu ambai, nanti ujan basah le.[bi.l« nA/ si.jAp.kAn i.bu Am.bAj nAn.ti u.dZAn bA.sAh l«]Bila nak siapkan ibu ambai, nanti hujan habis basah.

Kembali ke atas