Glosari Dielek Melaka

EntriFonetikKelas KataMaknaAyat DialekSebutan DialekMaksud Ayat
bekinyau[b«.ki.øAw]kata adjektifbersinar atau berkilauan.Wah, bekinyau kasot tu kene kiwi![wAh b«.ki.øAw kA.sot tu k«.n« ki.wi]Wah, bersinar kasut tu kena kiwi!
kiyap[ki.jA)p]kata adjektifberkenaan bateri, alat berkuasa bateri atau berenjin yang rosak atau tidak berfungsi.Bateri ini dah kiyap, kene beli baru ni.[bA.t«.Äi ni dAh ki.jA)p k«.n« b«.li bA.Äu ni]Bateri ini sudah habis kuasanya, kena beli yang baru.
tali kaki[tA.li kA.ki] dua utas tali yang diikat bersama dan ditarik untuk merentangkan jaring. Seutas disisipkan pada tepi atas mata jaring manakala seutas lagi dipasangkan pada lubang pelampung; tali ares.Kau pasang tali kaki kene kuat-kuat, kalau tak, putos.[kAw pA.sAN tA.li kA.ki k«.n« ku.wAt.ku.wAt kA.lAw tA/ pu.tos]Kau pasang tali kaki kena kuat-kuat, kalau tak, putus.
ibu rezeki[i.bu Ä«.z«.ki] beberapa bahan asas dalam makanan harian seperti beras, gula, kopi, dan garam yang ada di dalam bekas simpanan tidak dihabiskan semuanya. Apabila tinggal sedikit, ia ditambah dengan yang baharu. Begitulah seterusnya dilakukan dan menjadi amalan atas kepercayaan untuk menjadi ibu rezeki.Beras dah tinggal segenggam dalam tempayan dare ni jangan abeskan, buat ibu rezeki.[b«.ÄAs dAh tiN.gAl s«.g«N.gAm dA.lAm t«m.pA.jAn dA.Ä« ni dZA.NAn A.bes.kAn bu.wAt i.bu Ä«.z«.ki]Beras yang sudah tinggal segenggam di dalam tempayan dara ini jangan dihabiskan untuk dibuat ibu rezeki.
dilakikan[di.lA.ki.kAn]kata adjektifberkenaan dengan tanam-tanaman seperti pokok bunga dan sayur-sayuran yang dirosakkan oleh haiwan.Penat aje aku tanam, abes pokok bunge aku dilakikan ayam.[]Penat sahaja aku tanam, habis pokok bunga aku dirosakkan oleh ayam.
maen kobe[mA«n ko.b«] sejenis permainan tenteng.Kite maen kobe, nak?[ki.t« mAen ko.b« nA/]Kita main kobe, nak?
tanah coho[tA.nAh tSo.ho] tanah berlumpur yang cair.Kaki aku koto tepijak tanah coho.[kA.ki A.ku ko.to t«.pi.dZA/ tA.nAh tSo.ho]Kaki aku kotor, terpijak tanah berlumpur.
ngelocot[N«.lo.tSot]kata adjektifmelecur teruk akibat terkena benda-benda panas atau api.Kaki aku ngelocot kene ekzos moto.[kA.ki A.ku N«.lo.tSot k«.n« e/.zos mo.to]Kaki aku melecur terkena ekzos motosikal.
maen canang[mAen tSA.nAN] sejenis permainan tradisi kanak-kanak yang menggunakan dua batang kayu, satu panjang satu pendek disungkit menerusi lubang yang disediakan dan dipukul, konda kondi; maen cungkel ayam, maen ketok ayam, maen songket.Ari ni kite maen canang, nak tak?[A.Äi ni ki.t« mAen tSA.nAN nA/ tA/]Hari ini kita main canang, hendak atau tidak?
sondak[son.dA/]kata kerjamenoreh bahagian-bahagian atas pada pokok getah tua mengikut sesuka hati; potong pajak.Sebelom tebang, baek kite sondak.[s«.b«.lom t«.bAN bAe/ ki.t« son.dA/]Sebelum tebang, baik kita kita sondak.
12345

Kembali ke atas