[kia.san] | قياسن
Definisi : 1. pertimbangan (perhitungan) mengenai sesuatu perkara dgn perbandingan (persamaan) perkara yg lain; 2. ibarat, perumpamaan; 3. sindiran; 4. pengajaran atau contoh (yg terdapat dlm cerita dll), teladan; 5. lambang; 6. a) = erti ~ erti yg tersembunyi (lain drpd erti yg ternyata); b) = kata ~ kata yg mengandungi (mempunyai) erti kiasan; (Kamus Dewan Edisi Keempat)
[kia.san] | قياسن
Definisi : 1 contoh; teladan (dlm cerita dll). 2 sindiran. 3 ibarat; perumpamaan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)